in ,

Pencalonan Akhir Anugerah Era 20 07, Kejutan Mawi?

Anugerah Era kembali lagi. Tidak seperti tahun lepas, Anugerah Era 2007 akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highland pada 8 September 2007 jam 8.30 malam. Baru gempak prestij berada di puncak keriangan di Genting. Selain promosi di radio dengan mengadakan peraduan memenangi tiket serta t-shirt ekslusif, Showcase AE 2007 akan menemui peminat pada 11 Ogos di Dataran Ipoh, Perak dan 26 Ogos di Mahkota Parade, Melaka. Anugerah Era dan bintang Akademi Fantasia tidak boleh dipisahkan. Pencalonan kali ini juga tidak terlepas daripada dominasi bintang AF. 3 kategori untuk Mila AF5, nama Ebi ada dalam 2 kategori. Siti Nurhaliza masih bertahan dengan 2 pencalonan. Biar pun sikit pencalonan tetapi kalau sah-sah Siti yang menang itu dah memadai. Daripada pencalonan banyak tetapi satu habuk pun tak menang.

Senarai pencalonan akhir anugerah menyaksikan kejutan besar di mana Bintang Paling Popular dan Raja SMS, Mawi hanya tersenarai untuk 4 kategori sahaja iaitu kategori Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan, Lagu Pop Pilihan, Lagu Nasyid Pilihan dan Video Muzik Pilihan. Apa citer? Mawi hilang magis? Patutlah sekarang beria-ia Mawi belajar silap mata, nak jadi magical rupanya. Sebab apa Mawi hilang magik? Bukankah selama ini peminat Mawi ramai? Adakah ini aura Mawi dilanda kesuraman? Adakah ini kesan dan impak daripada kontroversi yang tidak hent-henti menimpa Mawi? Tahun lalu, Mawi gah dengan 7 kategori. Yang Budiey pelik macamana Mawi tidak dicalonkan dalam kategori Vokal Lelaki Pilihan? Bukankah vokal Mawi paling power dan bermutu di Malaysia? Bagaimana ini harus berlaku? Oleh kerana anugerah ini dipilih sendiri oleh peminat dan pendengar Radio Era, mungkin ada di kalangan mereka yang semahu-mahunya ingin melihat zaman kejatuhan Mawi? Atau mungkin salah kiraan undi? Tidak logik pula kalau salah kira. Realiti yang perlu ditelan oleh Mawi.

Kata Mawi:
“Saya sudah bersedia dengan apa saja keputusan. Kalau hendak kata ini petanda awal populariti saya merudum, terpulang. Bagaimanapun saya memang bersedia untuk berdepan dengan semua ini. Lagipun sampai bila kita hendak berada di atas, sampai masa kita akan ke bawah juga. Jadi saya memang sudah bersedia. Mungkin kontroversi itu sedikit menjejaskan tapi apapun, saya tetap menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka. Begitu juga dengan peminat saya supaya mereka juga dapat menerima keputusan ini dengan tenang dan janganlah nanti sampai ada yang hendak membuat bantahan. Keputusan ini sudah muktamad. Reda saja. Saya tidak pernah rasa terkilan walaupun gagal mempertahankan anugerah itu. Saya mengucapkan tahniah kepada mereka yang tercalon dan itu sudah menjadi rezeki mereka,” kata Mawi yang menaruh harapan untuk memenangi kesemua kategori yang disertainya tahun ini.”

 anugerah era

Angka AE07
55,554 undian online
896 undian akhbar dan faks
Jumlah undian kedua: 56,460

Kategori Artis Harapan Pilihan

  1. Diddy
  2. Ebi AF5
  3. Faizal OIAM
  4. Fiq
  5. Mila AF5

Kategori Vokal Wanita Pilihan

  1. Farhan AF4
  2. Jaclyn Victor
  3. Mila AF5
  4. Siti Nurhaliza
  5. Velvet AF4

Kategori Vokal Lelaki Pilihan

  1. Akhil Hayy
  2. Diddy
  3. Faizal AF4
  4. M.Nasir
  5. Yazer AF3

Kategori Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan

  1. Adam AF2/Farah AF2
  2. Diddy/Yanie
  3. Irwansyah/Acha Septriasa
  4. Jamal Abdillah/Mawi
  5. Misha Omar/Andy Flop Poppy

Kategori Band Pilihan

  1. Dewa
  2. Estranged
  3. Samsons
  4. Sofaz
  5. Spider

Kategori Irama Global Pilihan

  1. Gurindam Anak Muda – Haziq AF4
  2. Joget Cinta Sakti – Rosma AF1/Haziq AF4
  3. Melodi Ahlan – Waheeda
  4. Nafas Cahaya – Misha Omar\
  5. Samudera – Nora

Kategori Lagu Nasyid Pilihan

  1. 7 Hari – Rabbani
  2. Al-Jannah – Mawi
  3. Manusia Lupa – Akhbar/Yassin
  4. Taubat – Radja
  5. Tawakkal – Raihan

Kategori Artis Inggeris Tempatan Pilihan

  1. Atimet/Ruffedge
  2. Burn AF1
  3. LO
  4. Point Blanc/Jaclyn Victor
  5. Sasi The Don/Apache Indian

Kategori Lagu Rock Pilihan

  1. 3 Malam Tanpa Bintang – Fiq
  2. Dewi – Dewa
  3. Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) – Jinbara
  4. Itu Kamu – Estranged
  5. Mahakarya Cinta – Faizal OIAM

Kategori Lagu Pop Pilihan

  1. Angan Dan Sedar – Mawi
  2. Hilang – Diddy
  3. Pastikan – Siti Nurhaliza
  4. Persis Mutiara – Mila AF5
  5. Sinar Cinta – Ebi AF5

Kategori Pilihan Kaki Wayang

  1. Cicak Man – KRU Communication
  2. Cinta – Grand Brilliance
  3. Jangan Pandang Belakang – Metrowealth Movies Production
  4. Mukhsin – Grand Brilliance
  5. Zombi Kampung Pisang – Tayangan Unggul

Kategori Video Muzik Pilihan

  1. Joget Lambak – Adam
  2. Kian – Mawi
  3. Langit Biru – Mawi
  4. Professor Klon – Aznil Hj. Nawawi
  5. Rama-Rama – Ella

[tags]Anugerah Era 2007, AE 07, AE 2007, Radio Era, era.fm, mawi, pencalonan anugerah era 07, finalis anugerah era 07, calon-calon anugerah era 07, kudsia kahar, mawi, kelab peminat mawi, fan club mawi, si pelantun Angan dan Sedar, gambar ebi seksi, gambar mila, gambar misha omar, gambar siti nurhaliza terbaru, gambar terbaru siti nurhaliza, pelakon aduh saliha, gambar puteri sarah liyana, myspace mawi, Pengurus Besar Maxis Communication Berhad, Rozalila Abdul Rahman, Penerbit Eksekutif Astro Production, Raja Fouzeel Akmal Raja Zainal, Pengurus Rancangan Kanan Era, Brian Vinesh Veerian, diddy, badrul manager diddy, badrul after six blog, faizal OIAM, fiq, blog mr manager, blog sultanmuzaffar, blog joe lee, blog klubbkidd, blog syiok kahwin, blog melayu, blog politik, muatturun lagu fiq, download lagu fiw, farhan, jaclyn victor, velvet af4, akhil hayy, m nasir, cara buat silap mata, download lagu Gurindam Anak Muda,  Haziq AF4, Joget Cinta Sakti lagu Rosma AF1, Haziq AF4, mp3 download, anugerah era 2007, keputusan anugerah era, ulasan anugerah era, keputusan ae 07, genting highland, arena of stars, lagu dewa, lirik lagu dewa, 3 Malam Tanpa Bintang Fiq, Dewi lagu Dewa, Farhana, Puteri Bumi Kenyalang, Samudera Nora, Jinbara, lagu Itu Kamu Estranged, download mp3 Mahakarya Cinta Faizal OIAM, lagu Melodi Ahlan Waheeda, lagu Nafas Cahaya Misha Omar[/tags]

penyampai radiio era aznil yasmin hani

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Yeay! Poster The Red Kebaya Rekaan Isma Yusoof Menang!

Konsert Showcase Samsons di Menara PGRM 11 Ogos ini