in , ,

Penantian Berharga Rizky Febian Live In Kuala Lumpur Oktober Ini

Penantian yang berbaloi. Rizky Febian buat perdana kali akan memperdengarkan karyanya secara langsung di Malaysia.

Dibawakan oleh The Jay Events & Media, konsert solo ini diberi judul Rizky Febian Live In Kuala Lumpur. Ia dijadual berlangsung pada 20 Oktober 2022, Khamis  di lokasi paling hangat masa kini, Zepp Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 malam.

Sebagai pemuzik dan penulis karya miliknya, pasti peminat tidak sabar untuk bertentang mata sekaligus menikmati merdu lantunan vokal Rizky lewat tembang hit penyanyi berusia 24 tahun ini.

Penantian Berharga Rizky Febian Live In Kuala Lumpur Oktober Ini

Bayangkan Kesempurnaan Cinta yang menjadi hit pertamanya pada tahun 2015 akan didendangkan bersama untaian lagu lainnya seperti Penantian Bahagia, Makna Cinta, Terlukis Indah dan Cuek.

Rizky juga baru menawan peminatnya lewat lagu Salah yang pernah menjadi sebahagian dari karya masterpiece Melly Goeslaw dan dijangka akan mendendangkan lagu tersebut dalam konsert sulungnya di negara kita.

Dengan lebih 25 buah lagu solo termasuk duet yang pernah dirilis, dan memenangkan banyak anugerah baik di Indonesia mahupun Asia, kedatangan pemilik lebih 13 juta pengikut di platform Instagram ini pasti akan memberi kepuasan kepada peminat.

“Kami melihat adalah penting untuk membawa pemenang Best Asian Artist Indonesia di MAMA Award 2020 ini ke Malaysia kerana dia mempunyai banyak peminat di sini.

“Selain itu segudang pencapaian yang dicetaknya sejak tahun 2015 sehingga perlu melalui musim pandemik tetapi masih mampu berkarya membuatkan pihak kami percaya Rizky Febian akan memberikan yang terbaik buat peminat yang telah lama ingin bertentang mata dan menyanyi secara langsung bersama sama,” ujar Pengurus The Jay  Events  & Media, Shafik Jay.

Tiket dengan harga bermula RM259  untuk zon Ragu (Normal seat) dan Terlukis Indah (free standing) , RM309 untuk Makna Cinta (premium seat) serta tiket berharga RM2500 (maksimum 5 orang) dalam zon khas bagi sesi VIP- Meet & Greet bersama Rizky Febian. Pembelian tiket boleh dibeli di https://www.myticket.asia/.

Rizky Febian Live In Kuala Lumpur juga menerima kolaborasi daripada Zepp KL dan My Ticket Asia.

Penantian Berharga Rizky Febian Live In Kuala Lumpur Oktober Ini

INFO RIZKY FEBIAN LIVE IN KUALA LUMPUR

Tarikh: 20 Oktober 2022, Khamis 

Masa: 8.30 malam 

Lokasi: Zepp Kuala Lumpur 

Penganjur: The Jay  Events &  Media 

Harga Tiket : RM259 – zon Ragu (normal Seat) & zon Terlukis Indah (free standing)

                       RM309  – zon Makna Cinta (premium seat)  

                       RM 2500-  VIP – Meet and greet – max 5 pax

Website pembelian tiket: https://www.myticket.asia/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Memang Menjimatkan! Tune Talk Perkenal Pelan Pek Jimat, Hanya RM33 Sebulan

FESYEN

Pliē Malaysia Meraikan #RespectingYourCurves Sempena Ulang Tahun Ke-2