in , ,

Memang Menjimatkan! Tune Talk Perkenal Pelan Pek Jimat, Hanya RM33 Sebulan

Tune Talk telah memperkenalkan tiga pelan mudah alih baharu hari ini melalui Pek Jimat. Ketiga-tiga berkenaan adalah Fokus 33, Fokus 40 dan Bebas 55 dengan kesemuanya menyediakan panggilan tanpa had ke seluruh rangkaian.

Menerusi Pelan Fokus 33, Tune Talk memaklumkan harga langganan untuknya bermula dari RM33 untuk 30 hari. Bagaimanapun, untuk mendapatkan pada harga ini anda perlu melanggan pelan tersebut untuk selama 12 bulan.

Jika anda melanggan pelan tersebut hanya untuk 90 hari, harga langganannya dikira sebanyak RM35 sebulan dan jika untuk 30 hari sahaja, harga langganannya adalah RM38. Fuh, agak pening juga di situ.

Tune Talk Perkenal Pelan Pek Jimat, Hanya RM33 Sebulan

Tune Talk turut melabelkan pelan Fokus 33 sebagai pelan internet mudah alih tanpa had, namun dengan kelajuan yang dihadkan pada 6Mbps sahaja.

Anda juga perlu melihat dengan lebih teliti pada terma dan syaratnya kerana kelajuan tersebut hanya ditawarkan pada jam 9 pagi hingga 5 petang sahaja. Luar daripada waktu tersebut, kelajuannya akan dikurangkan kepada separuh, iaitu 3Mbps sahaja.

‘Internet tanpa had’ yang dinyatakan ini juga bagaimanapun mempunyai hadnya tersendiri kerana hanya 50GB sahaja ditawarkan dalam sebulan.

Kuota ini juga tertakluk kepada Dasar Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy, FUP) yang menetapkan penggunaan data mudah alih harian kepada 5GB sahaja. Penggunaan yang melebihi kuota tersebut akan disekat kelajuan kepada 256kbps.

Anda juga ditawarkan dengan booster tambahan sebanyak 1.5GB ke dalam kuota data bulanan anda sebanyak RM3. Untuk penggunaan hotspot pula, penggunaan dihadkan kepada 4GB sahaja dalam 30 hari.

Tune Talk Perkenal Pelan Pek Jimat, Hanya RM33 Sebulan

Tune Talk Pek Jimat Fokus 40 & Bebas 55

Cerita yang sama juga berlaku pada pelan Fokus 40. Pelan RM40 sebulan ditawarkan bagi pengguna yang melanggan untuk 12 bulan, RM43 untuk langganan 90 hari dan RM48 untuk langganan 30 hari sahaja.

Kelajuan internet mudah alih bagi pelan ini dinaikkan kepada 12Mbps untuk penggunaan dari jam 9 pagi hingga 5 petang, dan dikurangkan kepada separuh, 6Mbps bagi penggunaan di luar tempoh tersebut.

Sama juga dengan pelan sebelumnya, Fokus 40 hadir dengan kuota data bulanan 60Gb dan hotspot 6GB. Had FUP harian pula adalah 5GB dan booster sebanyak 1.5GB dalam setiap bulan pula dikenakan sebanyak RM3.

Seterusnya untuk pelan Bebas 55, ia berharga RM55 sebulan bagi langganan untuk 12 bulan, RM60 sebulan untuk langganan 90 hari dan RM68 sebulan bagi langganan untuk 30 hari. Had kelajuan bagi pelan ini adalah 18Mbps dan sama sepanjang waktu tanpa terikat dengan tempoh waktu tertentu. Peruntukan data hotspot juga adalah tanpa had dengan kuota data asasnya adalah 80GB sebulan.

Kesemua pelan ini boleh dilanggan bermula dari hari ini dan maklumat lanjut, layari DI SINI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sambutan Ulang Tahun ke-10 LEGOLAND® Malaysia Resort Kini Bermula

RIZKY FEBIAN

Penantian Berharga Rizky Febian Live In Kuala Lumpur Oktober Ini