in , ,

Pliē Malaysia Meraikan #RespectingYourCurves Sempena Ulang Tahun Ke-2 

Meskipun dunia pernah mengalami krisis COVID-19 dua tahun lalu, ia telah mewujudkan kesedaran orang ramai dalam menjaga kesihatan dengan lebih baik.

Dengan adanya masa yang terluang di rumah, ianya telah membuka mata jenama pakaian dalaman wanita terkenal dari Brazil untuk mengambil peluang bagi melebarkan sayapnya ke Malaysia 

Membawa slogan #RespectingYourCurves, jenama ini menjanjikan kesempurnaan dalam setiap produk keluaran mereka. 

Oleh yang demikian, hari ini, Pliē Malaysia meraikan ulang tahun ke-2 bersama-sama penyokong dan juga pelanggan setia jenama itu. Acara ini dihadiri oleh kebanyakan golongan wanita. 

Pliē Malaysia Meraikan #RespectingYourCurves Pada Acara Ulang Tahun Ke-2
Model mengenakan koleksi dari Pliē 

Dengan pengalaman selama 20 tahun penyelidikan, reka bentuk dan inovasi di Brazil, akhirnya jenama ini telah berada di Malaysia untuk membantu golongan wanita terutamanya dari pelbagai saiz tubuh badan dan #RespectingYourCurves tanpa mengira peringkat umur. 

Bertujuan untuk memberi dukungan dan solusi yang berkesan, Pliē turut membantu golongan ibu mengandung dan para ibu yang menjalani proses pantang selepas melahirkan. 

Di samping itu, Pliē Malaysia juga hadir dengan koleksi pakaian dalam yang selesa bagi golongan wanita yang aktif bersukan, untuk pesakit yang baru menjalani prosedur pembedahan, dan untuk golongan wanita yang ingin kelihatan anggun dan yakin dengan bentuk tubuh badannya sepanjang masa. 

Pliē Malaysia Meraikan #RespectingYourCurves Pada Acara Ulang Tahun Ke-2

Produk Pliē didatangkan dalam pelbagai saiz 

Majlis ulang tahun ke-2 Pliē memilih Daphne Iking sebagai pengacara majlis dan acara ini dihadiri oleh beberapa rakan artis, usahawan dan influencers seperti Nadia Nasimuddin, Izara Aishah, Sarrah Anne Noble dan 80 tetamu VIP dan KOLs yang lain. 

Acara ini dimeriahkan lagi dengan petunjukkan fesyen buat julung kalinya oleh Pliē Malaysia yang mana menampilkan koleksi terlaris bagi jenama tersebut.

Antaranya dari koleksi Emana, koleksi bagi rangkaian ibu mengandung dan juga koleksi terkini dari Pliē Malaysia untuk penggemar aktiviti sukan. 

Tarikan lain yang turut ada di dalam majlis ulang tahun ke-2 Pliē di Malaysia ini adalah permainan mencari harta karun yang mana dalam permainan ini memberi peluang kepada tetamu untuk memenangi salah satu daripada 10 produk Pliē Malaysia yang tersembunyi di sekitar tempat acara berlangsung; seperti Emana High Waisted Shorts dan Leggings. 

Selain itu, terdapat acara cabutan bertuah yang mana 10 lagi tetamu bertuah berpeluang menang lebih banyak barangan Pliē Malaysia yang menarik. 

Pliē Malaysia Meraikan #RespectingYourCurves Pada Acara Ulang Tahun Ke-2

Terdapat pelbagai warna yang menarik 

Para tetamu juga dihiburkan dengan lantunan suara dari penyanyi yang berasal daripada negara jiran, Singapura, Syakirah Noble. 

Tetamu juga berpeluang untuk mendapatkan khidmat rundingan daripada kakitangan pakar Pliē Malaysia sepanjang majlis itu berlangsung. 

Pliē Malaysia juga berbesar hati bekerjasama dengan dua jenama tempatan, POP Neutral dan Enya yang diundang sebagai tetamu bagi menyerikan lagi acara ulang tahun berkenaan. 

Ini kerana kedua-dua jenama berkenaan, merupakan jenama tempatan yang mempunyai misi yang selari iaitu meraikan wanita dari aspek kesihatan dengan menawarkan produk yang terbaik. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pliē Malaysia, Adeline C, kesemua rangkaian pakaian dalam yang dihasilkan oleh Pliē diilhamkan secara eksklusif dari Brazil yang bertujuan untuk memberi sokongan tambahan terhadap tubuh badan, terutama sekali pada sekitar bahagian tulang belakang dan perut. 

“Fabrik untuk semua produk Pliē sangat selesa kerana kami berganding bahu dengan pembekal benang terbaik di dunia, seperti Emana dan Supplex,” kata beliau. 

“Sebagai ciri tambahan, setiap helaian menawarkan keupayaan hidrofilik dan menyerap kelembapan. Atas faktor ini, menjadikan Pliē sebuah produk yang lebih selesa apabila di pakai. Malah kesemua produk kami sesuai dipakai sepanjang hari,”

– Adeline C

Kesemua produk Pliē boleh didapati dalam pelbagai pilihan saiz, bermula daripada S hingga XXL. Sementara itu, produk ini boleh didapati pada harga antara RM200 hingga RM800. 

Jenama Pliē ini telah dibawa masuk oleh Adeline C yang bertindak sebagai pengedar eksklusif di Malaysia sejak tahun 2020. 

Mulai tahun 2023, Adeline C bakal mengembangkan sayap ke bidang perubatan dengan melahirkan kepelbagaian produk yang sesuai untuk kegunaan pesakit di hospital. 

Pliē Malaysia Meraikan #RespectingYourCurves Pada Acara Ulang Tahun Ke-2
Pliē Malaysia Meraikan #RespectingYourCurves Pada Acara Ulang Tahun Ke-2

Berkenaan Pliē Malaysia 

Pliē membawa misi untuk menjadikan seseorang itu lebih berkeyakinan tinggi dan pada masa yang sama mementingkan keselesaan. Pliē Pakaian dalam kami adalah hasil inovasi, disempurnakan selama lebih 20 tahun di Brazil, dan sejak itu telah berkembang menjadi jenama terulung negara bagi pakaian dalam, shapewear dan pakaian kecergasan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RIZKY FEBIAN

Penantian Berharga Rizky Febian Live In Kuala Lumpur Oktober Ini

THE INVITATION

Peraduan Menang Tiket Malam Premiere Menonton Filem THE INVITATION