in , ,

Miera Leyana Bakal Nikah dengan Usahawan Berusia 40 an Esok

Seri pengantin jelas terpancar pada wajah anggunnya. Diam tak diam, aktres jelita, Miera Leyana, 27, bakal menjadi ‘raja sehari’ dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Siapa si jejaka bertuah yang berjaya mengetuk pintu hatinya? Apa yang pasti, bukan lagi aktor menjadi pilihan aktres yang pernah diangkat Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada 2013 menerusi filem Pecah itu.

Seperti diketahui ramai, hubungan cintanya dengan dua aktor popular pernah terlerai di tengah jalan.

Hari ini, Miera tidak mampu menyorok rahsia hati. Rakan baik yang juga usahawan berusia 40-an akhirnya berjaya menakluki hatinya.

Miera dan bakal suami yang masih dirahsiakan identiti, akan disatukan sebagai suami isteri sah di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, esok, disusuli majlis resepsi pada bulan depan.

Selama ini, soal hati terlalu berat untuk diungkap pelakon yang mula diperkenalkan menerusi drama Luna Fantasiku itu.

Bertahun-tahun spekulasi hubungan cinta dengan ‘lelaki hartawan’ menjadi bualan, namun tiada jawapan pasti. Selama ini, Miera enggan berkongsi cerita, hingga saat akhir, masih merahsiakan gerangan si pematah hatinya.

Secara jujur, Miera mengakui:

“Saya langsung tidak terlintas mahu merahsiakan hari bahagia. Sebaliknya, saya berharap segala perancangan menjadi kenyataan. Saya hanya bersedia berkongsi kegembiraan selepas majlis pernikahan.

“Saya sendiri seperti tidak percaya, si dia yang rapat sebagai rakan, akhirnya bakal menjadi pasangan hidup. Mungkin inilah dinamakan jodoh.

“Bukan sehari dua, si dia sabar dan setia menanti. Pejam celik sudah lebih empat tahun kami berkawan. Saya amat terharu dengan keikhlasannya.”

– Miera Leyana

Berkongsi kisah pertemuan dengan bakal suami, pelakon filem Apokalips X dan Dendam Orang Mati itu berkata, mereka bertentang mata ketika menghadiri sebuah majlis pelancaran, empat tahun lalu.

Miera berkata, dia percaya perasaan cinta akan hadir selepas berkahwin, lagi pun mereka sudah saling mengenali selama empat tahun.

“Selama ini, kami hanya berkawan baik, tiada terbit perasaan cinta di hati. Bagaimanapun, saya terkejut, dia tiba-tiba ajak berkahwin, Mei lalu.

“Dia bertemu keluarga memberitahu mahu melamar saya sebagai isteri. Keluarga tiada halangan, malah merestui hubungan kami.

– Miera Leyana

Pelakon filem Jangan Pandang-Pandang dan Lebuhraya Ke Neraka itu berkata, dia tidak dapat mengundang ramai tetamu termasuk media massa pada majlis pernikahan kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Persiapan majlis pernikahan dilakukan dalam tempoh tidak sampai sebulan. Kami bernikah dulu, manakala majlis resepsi akan diadakan bulan depan,”

“Saya menerima lamaran kerana melihat keikhlasannya berkawan sejak dulu lagi. Karakter kami bagai bumi dan langit, tetapi dia seorang yang matang dan sentiasa memahami saya.

“Saya gila-gila, dia pula agak pemalu dan tidak biasa dengan dunia selebriti. Disebabkan itulah, saya masih merahsiakan siapa gerangan bakal suami. Tunggulah esok pada hari pernikahan kami.

“Saya selalu katakan, saya perlukan seseorang yang memahami diri ini. Dari situ, saya perlahan-lahan berubah, tidak nakal lagi dan menjadi insan lebih baik. Saya percaya bakal suami mampu mengubah saya,” katanya.

“Saya minta maaf tidak dapat mengundang ramai kenalan dan media massa untuk majlis pernikahan. Tetamu tidak boleh melebihi 250 orang. Jadi, majlis ini hanya membabitkan ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak saja.

“Insya-Allah, kami akan mengundang pada majlis resepsi yang akan diadakan di sebuah hotel, bulan depan,”

– Miera Leyana

Bintang drama Memori Cinta Suraya itu berkata, bakal suami tidak pernah menghalangnya terus menjadi pelakon, malah memberikan galakan menerokai dunia penerbitan pula.

“Dia sentiasa faham kerjaya saya sebagai pelakon. Bagaimanapun, saya terpaksa menolak banyak tawaran lakonan berikutan sedang mempelajari selok belok dunia perniagaan.

“Lagipun, banyak skrip dan karakter diterima tidak sesuai. Kali terakhir saya berlakon menerusi teater muzikal Hantu Kak Limah yang dipentaskan di Movie Animation Park Studio (MAPS), Ipoh, tahun lalu.

“Saya terima banyak tawaran lakonan, tetapi sebelum itu, saya akan melihat siapa pengarah, barisan pelakon dan skrip.

“Saya berlakon pada usia muda 15 tahun. Saya bukan mahu mengejar populariti, tetapi didorong minat.

“Banyak pengalaman dikutip dan watak dihidupkan sejak lebih sedekad dalam bidang lakonan.

“Mungkin sudah tiba masanya saya beralih arah ke cabang dunia penerbitan. Bagaimanapun, saya tetap minat berlakon, cuma perlu memilih naskhah sesuai dengan status sebagai isteri,”

– Miera Leyana
Sumber: BH Online

What do you think?

28 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Penyanyi Duo AishaHanim Tak Anggap Iqram Dinzly ‘Orang Gila’

‘Saya Tidak Menipu atau Buat Kesalahan Jenayah’ – Rayhan Kabir