in

Pementasan 3 FACES di Festival Seni Yayasan Sime Darby 2016

Festival Seni Yayasan Sime Darby 2016 atau Yayasan Sime Darby Arts Festival 2016 (YSDAF 2016) kini telah bersedia untuk pertunjukan satelitnya yang kedua berjudul 3 Faces 2015 yang bakal dipersembahkan oleh 15 penari daripada Fakulti Tarian, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Kali terakhir dipentaskan di Malaysia pada tahun 2012, produksi 3 Faces 2015 merupakan satu konsep yang unik dengan pementasan tiga jenis tarian berlainan yang dipersembahkan oleh penari-penari yang sama, pada satu malam.

Diberi wajah baru untuk produksi tahun 2015, ia mengekalkan konsep yang sama tetapi dengan himpunan tarian yang berlainan serta penari-penari dan koreografer yang majoritinya baru di bawah bimbingan Pengarah Artistik Kumpulan Penari ASWARA, Dr. Joseph Gonzales. Kali ini, para penonton akan dihidangkan dengan tiga jenis tarian dalam aturan Bharatanatyam, Main Zapin dan tarian kontemporari.

Para peminat seni tarian pertama sekali akan dibawa menghayati tarian purba tradisional berasal dari Tamil Nadu iaitu Bharatanatyam. Mementingkan gerakan tangan dan ekspresi muka yang mahir, Bharatanatyam seringkali dikaitkan dengan penari-penari Apsara di kuil-kuil Hindu. Dengan koreografi oleh Shankar Kandasamy dan Vasuki Sivanesan, ia menceritakan tentang lagenda ‘Netranthi Nerathile’ iaitu cinta yang mendalam seorang wanita terhadap Tuhan Muruga dan reaksinya apabila mendapat tahu tentang hubungan Tuhan Muruga dengan wanita lain.

Main Zapin, iaitu fokus bagi tarian yang kedua, adalah cabang seni yang sangat popular di negeri Johor, Pahang dan Selangor. Ia dipercayai telah diperkenalkan oleh ulama Muslim daripada Timur Tengah pada kurun kelima belas. Dari susur galur sejarah, ia biasanya dipersembahkan di majlis keagamaan, namun kini setelah dicampur aduk dengan elemen tradisi dan hiburan, penyertaan penari-penari wanita adalah dibenarkan. Himpunan empat tarian zapin akan dipersembahkan di 3 Faces 2015 iaitu Zapin Lenga, Suara Siam, Ghalet dan Pekajang.

Selepas menikmati dua persembahan tarian tradisional dari rantau Asia, slot yang terakhir akan membawakan himpunan empat interpretasi tarian kontemporari iaitu Utopia oleh James Kan, WiRama oleh Joseph Gonzales, Alarippu oleh Umesh Shetty dan Dikir oleh Raziman Sarbini.

Inisiatif berani ini adalah hasil daripada latihan pelbagai budaya dan pelbagai disiplin di ASWARA. Penari-penari yang terlibat berasal daripada latarbelakang yang berbeza dan untuk menguasai kedua-dua bentuk tarian tradisional dan kontemporari bukanlah sesuatu yang mudah.

Dr. Joseph Gonzales semasa memberi komen berkata, “Ini adalah contoh hebat bagaimana seni tarian diraikan di ASWARA. Ianya dipersembahkan dalam format dan konsep yang unik namun masih mengekalkan ciri-ciri budaya Malaysia yang kaya dan penuh berseni. Kami amat mementingkan kualiti produksi dan dengan itu penari-penari dan koreografer-koreografer yang terlibat amat serius untuk memberikan yang terbaik buat penonton. Saya berharap 3 Faces 2015 akan menarik perhatian bukan sahaja penggiat serta peminat seni tarian di Malaysia, malah peminat seni secara amnya”.

3 Faces 2015 adalah persembahan satelit kedua di dalam trio persembahan satelit YSDAF edisi 2016. Pada bulan Ogos tahun ini, persembahan wayang kulit interpretasi baru yang dinamakan Main Wayang – Hikayat Sang Kancil telah dipersembahkan oleh remaja daripada Yayasan Chow Kit (YCK) di hadapan lebih kurang 250 orang penonton.

Siri persembahan satelit ini akan diakhiri pada bulan Disember 2015 dengan Festival Filem Tropfest SEA dengan kerjasama Joe Sidek Productions Sdn Bhd di mana umum akan dapat menyaksikan penyertaan-penyertaan terbaik filem-filem pendek bagi Tropfest SEA 2014 dan 2015.

Dianjurkan dua tahun sekali, YSDAF dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Sime Darby dengan matlamat untuk menyediakan platform yang sesuai bagi penggiat seni negara terutamanya generasi muda untuk menampilkan bakat dan hasil kerja mereka. Selepas sambutan hangat yang diberikan kepada YSDAF pada tahun 2014 dengan kehadiran lebih 15,000 pengunjung, edisi kedua YSDAF ini bakal menampilkan pula hasil seni berkonsepkan pendidikan bersesuaian dengan tema iaitu, ‘Arts Education + Future’ atau ‘Pendidikan Seni + Masa Hadapan’, justeru menggalakkan lagi inovasi kreatif di kalangan generasi baru Malaysia.

3 Faces 2015 dijadualkan untuk dipersembahkan pada 9 dan 10 Oktober 2015 pada jam 8.30 malam dengan persembahan tambahan pada tarikh 10 Oktober jam 3.00 petang. Bertempat di Black Box, ASWARA, ia menjanjikan malam yang indah yang bakal menghembuskan nafas baru yang segar kepada masa hadapan seni tari di Malaysia. Ia terbuka kepada umum dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Kapasiti penonton di Black Box, ASWARA adalah 100 orang pada satu sessi dan dengan itu, ia memberi keutamaan kepada penonton yang terawal. Jangan lepaskan peluang ini!

3 Faces 2015
Tarikh & Waktu: Jumaat, 9 Oktober 2015 / 8:30pm &
Sabtu, 10 Oktober 2015 / 3:00pm, 8:30pm
Tempat: Black Box, ASWARA (sila rujuk laman web untuk peta)
Kapasiti: 100 orang / Masuk adalah percuma
(100 penonton terawal diutamakan)

#ysdaf #ysdafsatellite #3faces

Untuk maklumat lanjut, sila lawati:

WEB www.klpac.org/ysdartsfest
www.instagram.com/ysdartsfest
www.facebook.com/ysdartsfest
www.youtube.com/user/ysdartsfest
www.twitter.com/ysdartsfest
#ysdaf

Yayasan Sime Darby

Yayasan Sime Darby, or Sime Darby Foundation, was established in 1982 and is the primary driver of Sime Darby Berhad’s Corporate Social Responsibility initiatives.

The objectives of Yayasan Sime Darby are supported by its five pillars, namely: education; environment, community & health; youth & sports and arts & culture. While led by independent members of a Governing Council and managed by a dedicated team, Yayasan Sime Darby works closely with the Sime Darby Group, in areas of mutual interest.

Since its inception, Yayasan Sime Darby has awarded scholarships worth RM226 million to 2,713 students both in and outside Malaysia. It is supporting long term research projects of significant scientific value like the Stability of Altered Forest Ecosystems (SAFE) project which is the world’s largest ecological project, a joint effort with the Royal Society (The UK and Commonwealth Academy of Science). Yayasan Sime Darby is also actively involved in the development and improvements of sports in Malaysia namely track cycling, lawn bowling, cricket, tennis and golf. Under its community & health pillar, Yayasan Sime Darby supports initiatives to promote the well-being of disadvantaged people irrespective of race, culture, religion, creed or gender and works with established organisations to promote the development of arts and culture.

The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac)

Opened in May 2005, klpac is Malaysia’s only fully-integrated performing arts centre. A non-profit organisation, it aims to nurture and develop the performing arts in Malaysia. Since its opening, klpac has housed over 400 performances, film screenings, art exhibitions and events. The Actors Studio Academy housed in klpac conducts a wide range of courses and runs a crucial community outreach programme. Other educational initiatives include the klpac Orchestra, klpac Symphonic Band, klpac String Ensemble, the Theatre for Young People (T4YP) programme and an Artist-in-Residence programme. Major events include the klpac Open Day, a free-of-charge arts festival for the public, as well as the SHORT+SWEET Malaysia festival. For more information, please visit www.klpac.org.

ASWARA’s Faculty of Dance

ASWARA’s Faculty of Dance offers a comprehensive programme to master different genres of Malaysian, Asian and Western dance. The primary focus of the faculty is to produce high calibre and professional dancers who are well-trained and knowledgeable in the fundamental of arts as well as techniques in traditional and contemporary dances so that they can generate creative work and conduct workshops.

The Faculty of Dance explores the field of dance through studio activities, lectures and production with hands-on learning from master teachers, prominent artists and experts from the industry, professionals and experienced lecturers, reading references as well as project implementation. The extensive syllabus equips graduates with the skills, experience and enthusiasm who are then able to contribute to the development of the Malaysian dance industry.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malam Gala Filem GIRLFRIEND KONTRAK Berlangsung Malam Ini

Peraduan Menangi Pakaian Baru Selamat Setahun