in ,

Malam Gala Filem GIRLFRIEND KONTRAK Berlangsung Malam Ini

Pada jam 8 malam ini, bertempat di Cathay Cineleisure, eCurve, Mutiara Damansara, Malam Tayangan Media akan filem GIRLFRIEND KONTRAK akan berlangsung. Budiey pun teruja nak tonton filem ni. Ternyata semasa menyeru sekalian Budieyators untuk join contest menang tiket menonton malam ni, ramai pula yang hantar. Tapi malangnya, hanya 10 orang sahaja yang terpilih. Tahniah kepada semua pemenang tiket menonton filem romantis ni pada malam ni. Semoga kalian semua terhibur.

Filem yang diterajui oleh Keith Foo dan Risteena Munim sebenarnya ada keunikan tersendiri. Bukan sekadar sebuah filem romantik komedi yang biasa kita tonton. Filem ini juga membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Azad Jazmin, Bront Palarae, Mustapha Kamal dan Zarina Zainuddin serta penampilan istimewa, buat pertama kali di layar perak, pengacara dan DJ paling popular tanahair, Fara Fauzana.

Filem Girlfriend Kontrak merupakan arahan sulung Virginia Kennedy, seorang pengarah yang berasal dari Australia. Sentuhan magis pengarah luar negara ini menjadikan filem Girlfriend Kontrak sebuah karya istimewa dengan jalan cerita yang diadun dalam bentangan sinematografi yang penuh kesenian.

Girlfriend Kontrak

GRAND BRILLIANCE MEMPERSEMBAHKAN GIRLFRIEND KONTRAK SEBUAH FILEM PALING ROMANTIK 2015

Filem Girlfriend Kontrak adalah sebuah lagi projek istimewa terbitan Grand Brilliance sebaris dengan terbitan yang terdahulu seperti Istanbul Aku Datang, Gila Baby dan banyak lagi.

Filem Girlfriend Kontrak mengisahkan tentang seorang gadis kampung, Alisa yang mempunyai misi untuk menyelamatkan kelip – kelip kesayangannya daripada dimusnahkan oleh sebuah syarikat gergasi milik seorang jutawan playboy, Umar, iaitu Monaki Development Corp. Bhd. Umar telah mengambil Alisa untuk bekerja dengannya sebagai cara menangani kontroversi projek pembangunan miliknya.

Konflik juga tercetus antara Umar dan ayahnya yang mahu menyerahkan projek miliknya kepada Zain, bakal abang tiri Umar yang mempunyai hasrat dan dendam untuk menjatuhkan Umar. Adakah Umar dan Alisa akan berjaya dalam misi masing-masing?

Ikuti kisah Alisa dan Umar dalam filem Girlfriend Kontrak pada 24 September 2015.

Informasi dan gambar-gambar dari filem Girlfriend Kontrak boleh didapati di laman web Facebook Grand Brilliance di www.facebook.com/grandbrilliance ataupun layari laman web Twitter kami di https://twitter.com/GrandBrilliance dan Instagram @grandbrilliance.

Girlfriend Kontrak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TGV Cinemas Raikan Ulangtahun Pertama MovieClub

Pementasan 3 FACES di Festival Seni Yayasan Sime Darby 2016