in

Rentak Juara Suku Akhir 1

RENTAK JUARA SUKU AKHIR 1 : LIMA KUMPULAN BAKAL BERSAING MENERUSI EPISOD PERTAMA MULAI 1 MEI 2009

Debaran kian terasa buat lima kumpulan yang bakal bertanding menjadi peserta kumpulan pertama dalam Episod Pertama menerusi Konsert Suku Akhir 1 di pentas Auditorium Perdana, Angkasapuri pada 1 Mei 2010, Sabtu yang bersiaran secara langsung pada jam 8.30 malam menerusi saluran TV2.

Lima kumpulan yang tampil membuat persembahan dalam pertandingan Rentak Juara 2010 dan mereka antaranya The Fingers, Jesselton,Zabarjad, Silversound dan Chemistry.

Rentak Juara 2010 kembali dengan tag-line baru iaitu Julang Jati Diri memberi peluang kepada para pemuzik berkumpulan profesional dan amatur berentap di atas platform yang sama, mengenengahkan bakat-bakat mereka dalam penciptaan lagu-lagu sendiri dan memperjuangkan lagu-lagu ciptaan tempatan dalam bahasa Malaysia sahaja.

Selain persembahan dari kelima-lima kumpulan dalam Konsert Suku Akhir 1 Rentak Juara yang menampilkan 3 orang pengacara unggul iaitu Muaz, Pool dan Nurata bakal menerajui konsert Rentak Juara pada setiap minggu. Pada malam ini persembahan dari artis jemputan iaitu Azlan & The Typewriter bakal menghanyatkan suasana pada pertandingan Rentak Juara episod pertama menerusi Konsert Suku Akhir 1 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Perdana di saluran TV2.

Kumpulan The Fingers terdiri daripada enam orang anak muda yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Nama The Fingers diilhamkan oleh ketua kumpulan mereka sendiri bernama Zuriman. Kumpulan ini ditubuhkan pada bulan Jun tahun 2008.

Ahli-ahli The Fingers amat meminati muzik berkonsepkan ”Progressive Power Neo Classical Metal” . Selain pengalaman membuat persembahan, kumpulan ini juga telah menjuarai 6 buah pertandingan kugiran yang diadakan di sekitar Sabah dan Labuan. Idola mereka adalah Dream Theater, Lefthanded, Nightwish,Metalasia dan Symphony X.

Kumpulan Jesselton berasal dari Kuala Lumpur terdiri dari 6 orang. Sebuah kumpulan yang berpengalaman dalam bidang muzik kerana 2 orang ahli kumpulan mereka adalah merupakan ahli kumpulan Sofaz.

Berkonsepkan muzik “Modern Rock” mereka mahu kumpulan yang ditubuhkan ini memiliki konsep muzik yang berdasarkan kebersihan dari segi penyampaian muzik,lagu yang senang didengari dan mudah difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Apa yang menarik adalah, kumpulan Jesselton terdiri dari ahli keluarga mereka sendiri.

Dahulunya dikenali dengan nama Wild Fingers dan pernah menjuarai Battle Of The Band pada tahun 1989. Memperkenalkan kumpulan Zabarjad yang dianggotai seramai 5 orang ahli iaitu Malik, Sam Adeq, Sam, Faizal dan Epul. Zabarjad pernah bernaung dibawah syarikat Warner Music Malaysia . Lagu bertajuk Karam pernah menjadi lagu paling hits hingga kini.

Kumpulan seterusnya berasal dari Ipoh, Perak dan ditubuhkan sejak 8 tahun yang lepas. Kumpulan yang diberi nama Silversound terdiri daripada 5 orang ahli kumpulan yang meminati irama muzik “Fusion & Rock”.

Mereka bekerja sepenuh masa di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Bercita-cita untuk menjadi sebuah band yang mantap, kumpulan Silversound juga ingin menjadikan sebuah band penghibur yang dapat memberi sumbangan kepada industry muzik dan budaya serta boleh memainkan pelbagai genre muzik dan peralatan muzik.

Berkonsepkan muzik Blues Rock Moden, kumpulan yang terdiri dari 5 orang ahli ini diberi nama Chemistry berasal dari Merlimau,Melaka.Ditubuhkan pada awal tahun 2008, kumpulan Chemistry mempunyai pengalaman luas tentang bidang muzik dan persembahan konsert antaranya Expo, majlis makan malam dan keramaian rata-ratanya di sekitar N.Sembilan dan Melaka.

Pada waktu lapang, mereka gemar meluangkan masa berkaraoke dan bersantai bersama kawan-kawan. Antara ahli Chemistry terdiri dari Harry,27 tahun (Drum),Wan, 38 tahun (Bass), Padil, 28 tahun (vokalis), Anizan @ Alang, 33 tahun (Gitar) dan Rafi, 20 tahun (Gitar 2 ).

Kelima – lima kumpulan ini bakal mempersembahkan dua lagu ciptaan tempatan dalam bahasa melayu. Namun, lagu dan nyanyian dari Allahyarham Sudirman menjadi pilihan buat kesemua kumpulan yang bertanding pada episod pertama dan bakal mempersembahkan saingan mereka menerusi Konsert Suku Akhir 1 pada 1 Mei jam 8.30 malam secara langsung bersiaran di TV2.

Kumpulan The Fingers akan mempersembahkan lagu Chow Kitt Road (Sudirman) dan Seruan (Lefthanded), Kumpulan Jesselton pula bakal mempersembahkan lagu mereka dengan tajuk Basikal Tua (Sudirman) dan Mengalah Untuk Mu (Sendiri) Kumpulan Zabarjad akan mempersembahkan lagu Tong Kosong (Sendiri) dan Bintang Malam Ini (A.Razak Ismail), Kumpulan Silversound pula akan mempersembahkan lagu bertajuk Kasih (Sudirman) dan lagu Berlari (Tomok). Seterunya kumpulan Chemistry akan mempersembahkan lagu yang bertajuk Aku Pengganggur (Sudirman) dan lagu Gerhana (Kembara).

Dalam pertandingan ini 30 kumpulan akan bertanding dalam Konsert Suku Akhir menerusi episod pertama hingga keenam selama 6 minggu berturut-turut iaitu;
• Konsert Suku Akhir 1 (1 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 2 (8 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 3 (15 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 4 (22 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 5 (29 Mei 2010) dan
• Konsert Suku Akhir 6 (5 Jun 2010).

Sebanyak 5 kumpulan akan dipertandingkan dalam setiap episod dan setiap kumpulan akan mempersembahkan lagu masing-masing yang dinilai oleh para juri professional.

Para juri akan memilih dua kumpulan terbaik setiap minggu untuk ke peringkat seperuh akhir, manakala tiga lagi band yang gagal akan diundi melalui SMS untuk pemilihan khas.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Seharum Al Zahra Lakonan Nasir Bilal Khan, Elly Mazlin

Pemenang Gah 1 Akhir RTM di Sunway Lagoon