in

Senarai Penuh Pemenang Anugerah ERA Digital Muzik Awards 2018

Semalam, Budiey telah menghadiri Malam Kemuncak Anugerah ERA Digital Muzik Awards (EDMA 2018) yang berlangsung di Galaxy Banquet Sentul Kuala Lumpur. Tahniah buat semua pemenang EDMA 2018.

Tahniah buat Haqiem Rusli yang mendominasi EDMA 2018. Haqiem berjaya menggondol trofi tiga anugerah yang dipertandingkan iaitu Lagu Paling Viral (Selamat Tinggal Sayang), Penyanyi Kolaborasi Terbaik (Jatuh Bangun) dan Temubual Terbaik Carta ERA.

Selain itu, Zizan Razak, Ariff Bahran, Khai Bahar dan Alif Satar memenangi beberapa kategori lain berasingan.

6. Haqiem Rusli bersama trofi bagi kategori Lagu Paling Viral, Lagu Kolaborasi Terbaik dan Temubual Terbaik Carta ERA

EDMA merupakan anugerah tahunan anjuran radio ERA dan kali ini ditaja oleh Deeja Cosmetic.

Pentas EDMA 2018 dihangatkan oleh persembahan artis popular tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Akim & The Majistret, Ara Johari, Ismail Izzani, one Avenue Band dan Ben Laden.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah ERA Digital Muzik Awards 2018

Berikut merupakan senarai pemenang EDMA 2018:

Lagu Paling Viral: Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli)

Muzik Video Paling Lit: Kau Takkan Tahu (Zizan Razak)

Penyanyi Kolaborasi Terbaik: Haqiem Rusli dan Aman Ra (Jatuh Bangun)

Penyanyi Paling Lit di Media Sosial: Khai Bahar

Temubual Terbaik Carta ERA: Haqiem Rusli

Penyanyi Pilihan Deeja: Ariff Bahran

Lagu Paling Lama dalam Carta ERA 40: Sesungguhnya Aku (Alif Satar)

EDMA 2018 turut memberikan penghargaan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza atas sumbangan untuk industri muzik tempatan selama dua dekad. 

2. Dato' Sri Siti Nurhaliza hiburkan peminat dan penonton dengan lagu Anta Permana
5. Haqiem Rusli berjaya membawa pulang 3 trofi di malam kemuncak EDMA 2018
3. Dato' Sri Siti Nurhaliza semasa berada di Floor Digital ERA
1. Gambar kumpulan bersama keluarga jenama ERA dan penaja, Deeja Cosmetic
4. Dato' Sri Siti Nurhaliza ketika menerima penghargaan daripada jenama ERA
7. JoHaRa bersama Duta Deeja Cosmetic, Hanez Suraya ketika menyampaikan anugerah kategori Penyanyi Pilihan DEEJA kepada Aliff Bahran

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Top 5 Video Yang Trending di Youtube Minggu Ini

Pengarah Mamat Khalid Sakit Tenat di ICU