in ,

Pengarah Mamat Khalid Sakit Tenat di ICU

Pengarah filem tersohor, Mamat Khalid dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat masalah paru-paru dan jantung.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid, 56, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, Selangor, sejak Jumaat.

Menurut isterinya Hasmah Hassan, pengarah filem Hantu Kak Limah itu dimasukkan ke ICU dan bermula malam tadi diberikan dos untuk berehat bagi menstabilkan jantungnya.

Mamat Khalid

“Sekarang saya mengharapkan keajaiban. Bermula malam tadi, suami saya ditidurkan untuk selama 48 jam. Dari masa ke masa, dia dipantau rapi. Bacaan tekanan darahnya mula ada respons positif apabila ahli keluarga membisikkan kata-kata semangat dan diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran,”

– Hasmah

Hasmah atau lebih mesra dibahasakan Kak Intan turut memohon doa orang ramai untuk kesembuhan suaminya.

Terdahulu pada 2017, Mamat pernah dimasukkan ke ICU sebuah pusat perubatan di Ampang, Kuala Lumpur selepas mengadu sesak nafas selepas majlis tayangan perdana filem Lebuhraya Ke Neraka.

Sebelum itu, pada 2014, Mamat pernah menjalani pembedahan kecil bagi membuka kembali saluran darah tersumbat di jantung. –

Sumber: K! ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah ERA Digital Muzik Awards 2018

AIFFA Kembali Buat Kali Keempat Berlangsung Pada 25 – 27 April 2019