in , ,

Pemain JDT Safawi Rasid & Syifa Melvin Bakal Nikah Pada Hari Ini

Kisah perancangan perkahwinan pasangan merpati dua sejoli ini begitu hangat diperkatakan di media sosial, terutama beberapa tarikh turut disebut-sebut iaitu 29 November dan 3 Disember.

Meskipun tetap berdiam diri mengenai berita perkahwinan mereka yang sudah tersebar luas, namun pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, 25, dan pasangannya juga pempengaruh, Syifa Melvin, 28, dikatakan akan bernikah esok.

Ia berikutan, sudah tersebar pula kad undangan majlis ijab dan kabul mereka, Muhammad Safawi dan Nur Syifa Athirah yang akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya pada jam 7 malam sehingga 11 malam itu dengan tema pakaian serba putih dan menutup aurat.

Difahamkan juga, ada pihak sudah mengetahui mengenai majlis bahagia Safawi dan Syifa itu, namun bertindak mengunci mulut. Apatah lagi, dikatakan juga ia bakal dihadiri oleh tetamu jemputan tertentu saja.

Terdahulu, kisah perancangan perkahwinan pasangan merpati dua sejoli ini begitu hangat diperkatakan di media sosial, terutama beberapa tarikh turut disebut-sebut iaitu 29 November dan 3 Disember. Namun, tarikh terbaharu yang tersebar meluas adalah esok.

Sebelum itu, majlis perkahwinan yang dikhabarkan semakin hampir ini juga dikatakan sudah mula dihidu penyokong JDT apabila Safawi dikejutkan dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok itu, Safawi yang berada di tepi padang selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2022 di antara pasukan JDT dan Sabah FC dikejutkan dengan nyanyian lagu terbabit.

Video berdurasi 20 saat itu memperlihatkan Safawi mengangkat tangan seperti mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya, sekali gus membuatkan seluruh stadium bergema dengan lagu nyanyian asal penyanyi Wann itu.

Kisah yang bertebaran kencang ini diperkuatkan lagi dengan kelibat Safawi sebagai tonggak utama JDT yang tidak muncul dalam barisan pemain skuad Harimau Selatan itu pada final Piala Malaysia, malam kelmarin.

Persoalan mula timbul pada kalangan peminat sukan apabila senarai barisan pemain dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mendapati nama pemain berasal dari Dungun, Terengganu itu tiada langsung tertera, sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa dia (Safawi) kini sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan.

Bukan hanya itu, dikhabarkan juga tersebar kad undangan resepsi pasangan sensasi ini yang bertarikh 3 Disember depan, dengan terteranya nama ibu bapa Safawi, Rasid Sulong dan Selemeh Abu Bakar tersebar dalam media sosial.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shila Amzah

Netizen Tak Puas Hati Shila Amzah Dapat Tempat Ketiga Gegar Vaganza 9?

Nad Zainal Bertudung | 18

Kesihatan Nad Zainal Semakin Baik, Luka Pada Paru-Paru Semakin Sembuh