in , ,

Kesihatan Nad Zainal Semakin Baik, Luka Pada Paru-Paru Semakin Sembuh

Sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan jankitan kuman pada paru-paru, ramai rakan artis berkongsikan keadaan Nad Zainal serta mendoakan buat aktres itu agar diberi kesembuhan.

Terbaru, pengarah drama terkenal, Shahrulezad berkongsikan perkembangan dan keadaan terkini Nad Zainal di Instagram miliknya sebentar tadi.

Menurut Shahrulezad atau lebih mesra disapa Budak Ijat berkata keadaan Nad kini semakin baik berbanding semalam serta luka pada paru-parunya juga semakin sembuh.

“Alhamdulillah, keadaan Nad semakin baik berbanding semalam. Kadar kebergantungan dia pada mesin oksigen semakin berkurangan. Luka-luka di paru-parunya semakin sembuh. Paru-paru dah mula berfungsi dengan lebih bagus. Cuma, doktor tidak mahu memaksa sangat,” tulisnya.

Kongsi Shahrulezad lagi, Nad ada membuka matanya sekali sekala sebelum tidur semula. Ujarnya lagi, dos ubat-ubatan juga telah dikurangkan selepas keadaan Nad semakin stabil.

“Sekali sekala ada juga Nanad membuka matanya dan tidur semula.  Anyway sebahagian ubat ubatan juga ada yg telah mula dikurangkan dosagenya dan ada juga diberhentikan bila melihat keadaan Nad yg semakin stabil. Syukur tak terhingga,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shahrulezad turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang tidak berhenti mendoakan kesembuhan buat Nad Zainal.

“Saya mewakili keluarga dan sahabat Nad dengan rendah diri ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas doa doa tulus kalian. Hanya Allah saja yang mampu membalas doa ikhlas kalian,” tulisnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemain JDT Safawi Rasid & Syifa Melvin Bakal Nikah Pada Hari Ini

Pemain Sayap JDT, Safawi Rasid Kini Sah Bergelar Suami Syifa Melvin