in , ,

Netizen Tak Puas Hati Shila Amzah Dapat Tempat Ketiga Gegar Vaganza 9?

Semalam, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) sudah pun melabuhkan tirainya apabila menyaksikan Jaclyn Victor dinobat sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai RM100,000.

Namun, apa yang menjadi bualan di laman Twitter, apabila ada netizen mempertikaikan susulan Shila Amzah hanya berada di tempat ketiga sahaja.

Menerusi komen di Twitter, ada netizen berpendapat Shila sepatutnya berada di tempat kedua berbanding Bob Yusof.

KONSERT FINAL GEGAR VAGANZA 9

Ada netizen mendakwa, bagaimana Bob boleh berada di tempat kedua sedangkan penyanyi itu melihat lirik daripada monitor berbaning Shila yang menghafal semua lagu.

Menyifatkan keputusan tersebut tidak adil, ada yang berpendapat jika Shila berada dalam keadaan sihat dan tiada masalah tonsil pasti akan menjadi juara bersama Jaclyn Victor.

Dalam pada itu, ada netizen turut tidak berpuas hati apabila Hazrul Nizam berada di tempat keenam apatah lagi di pusingan pertama penyanyi itu melakukan yang terbaik dan di pusingan battle juga dilihat menyerlah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

AirAsia Lancar Jualan Ulang Tahun Ke-21, Nikmati Tambang Daripada RM21

Pemain JDT Safawi Rasid & Syifa Melvin Bakal Nikah Pada Hari Ini