in , ,

Pelancong dari Thailand kini Boleh Membuat Pembayaran DuitNow QR 

Fasa pertama pelancaran melibatkan pelancong Thailand, disusuli pelancong dari 
Indonesia dan Singapura tidak lama lagi

Boost, syarikat teknologi kewangan (fintech) spektrum penuh serantau Axiata yang terkemuka, dan Payments Network Malaysia (PayNet), infrastruktur rangkaian pembayaran runcit negara, hari ini mengumumkan bahawa para peniaga Boost kini boleh menerima pembayaran rentas sempadan daripada pelancong Thailand menerusi DuitNow QR, yang memudahkan mereka membuat bayaran rentas sempadan tanpa tunai di negara ini. 

Ciri transaksi lancar serba baharu ini akan merintis jalan untuk memudahkan pelancong menggunakan eDompet masing-masing untuk membuat pembayaran tanpa perlu memegang wang tunai dalam Ringgit. Pelancong hanya perlu mengimbas Kod QR DuitNow Boost, yang akan mengenal pasti lokasi secara automatik semasa pengguna berada di Malaysia. Pengguna akan menerima permintaan untuk meletakkan nilai pembelian dalam Ringgit Malaysia (MYR), dan tukaran automatik akan dipotong daripada eDompet negara asal mereka. Bagi peniaga Boost, mereka akan terus menerima bayaran dalam MYR.  

Bm_Pelancong Thailand Kini Boleh Membuat Pembayaran Tanpa Tunai Dengan Edompet Masing-Masing Melalui Boost Duitnow Qr

Dalam fasa pertama, kemudahan ini akan disediakan kepada pelancong dari Thailand. Institusi kewangan Thailand yang turut serta untuk mengimbas Kod QR DuitNow Boost di Malaysia ialah CIMB Thai, Siam Commercial Bank, Bangkok Bank, Krungthai Bank dan Bank of Ayudhya. 

Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Boost, berkata: “Di Boost, kami sentiasa mempelopori inovasi dalam penyelesaian pembayaran digital kami demi manfaat peniaga sambil menyediakan pilihan pembayaran mudah yang menyenangkan pembeli tempatan. Pada hari ini, kami teruja untuk menawarkan ciri kelebihan ini kepada pelancong serantau menerusi kerjasama kami dengan rangkaian pembayaran rentas sempadan PayNet yang luas.  Memandangkan musim cuti akan tiba tidak lama lagi, tawaran baharu yang menarik ini di pasaran juga disediakan kepada peniaga dengan matlamat untuk meluaskan rangkaian pelanggan mereka, manakala pelancong boleh menikmati transaksi ringkas dalam mata wang sendiri dengan hampir lebih setengah juta peniaga yang menawarkan kemudahan Boost di seluruh negara.  Kami berhasrat untuk turut menawarkan pembayaran QR rentas sempadan kepada pelancong Indonesia dan Singapura serta kawasan lain di liputan PayNet dalam tempoh beberapa bulan akan datang.” 

Menurut CEO Kumpulan PayNet, En Farhan Ahmad, “Peranan kami ialah untuk menawarkan kemudahan pembayaran digital yang lancar, mudah dicapai dan senang digunakan, dengan cara yang selamat, terlindung dan cekap. Ini termasuk keupayaan saling kendali pembayaran runcit rentas sempadan, terutamanya antara negara-negara ASEAN. Kami teruja kerana peserta ekosistem kami, Boost, telah menyediakan kemudahan untuk pelancong dari Thailand membuat bayaran rentas sempadan menerusi Kod QR DuitNow.  Kemudahan ini bukan sahaja membawa manfaat kepada industri pelancongan Malaysia, tetapi juga mikro PKS dan peniaga runcit lain, yang seterusnya mengukuhkan aktiviti ekonomi dan merangsang pertumbuhan. Kerjasama ini menandakan satu permulaan yang baik, dengan kesan pengganda dan impak yang besar daripada pelaksanaan tersebut.” 

Hampir 200,000 peniaga yang menawarkan Kod QR DuitNow Boost boleh didapati di tempat-tempat tarikan pelancong di serata Malaysia seperti Jalan Bukit Bintang, yang terkenal untuk membeli-belah dan menjamu selera di Kuala Lumpur, Jonker Walk dan Kota Syahbandar yang menjadi tumpuan pelancong di Melaka, pusat seni jalanan di Lebuh Armenian dan juga lokasi pilihan penggemar makanan seperti Pasar Chowrasta dan juga Medan Selera Persiaran Gurney di Pulau Pinang. Di samping itu, anda juga boleh menerokai keindahan Borneo di Perkampungan Budaya Sarawak, di Santubong atau Pasar Sentral dan Pasar Malam Sibu. 

Untuk menggalakkan lebih ramai peniaga mendigitalkan perniagaan dan menerima pakai kemudahan menjalankan perniagaan tanpa tunai, Boost kini bekerjasama rapat dengan Persatuan Jonker Walk di Melaka dalam usaha berterusan untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai peniaga bagi menawarkan pilihan beli-belah yang lebih luas. 

Dengan kemudahan baharu ini, mereka yang masih mempertimbangkan keputusan menjadi peniaga Boost boleh menyertai kami pada hari ini dan meluaskan pelanggan di peringkat serantau. Mereka hanya perlu mendaftar sebagai peniaga Boost dan memaparkan Kod QR DuitNow Boost.  Untuk tempoh terhad, yuran untuk mengaktifkan ciri-ciri pembayaran rentas sempadan akan dikecualikan. Ketik pada pautan di sini untuk maklumat lanjut tentang cara menjadi peniaga Boost.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                

Mengenai Boost

Boost ialah syarikat teknologi kewangan spektrum penuh serantau Axiata yang memperkasakan kewangan berjuta-juta pengguna dan peniaga, di 7 negara Asia Tenggara. Menerusi ekosistem menyeluruh yang kian berkembang meliputi aplikasi teknologi kewangan pengguna, penyelesaian peniaga, perniagaan pembiayaan berasaskan AI, dan juga platform pembayaran rentas sempadan, Boost terus merintis jalan bagi pertumbuhan tidak terhalang dan keterangkuman kewangan lebih tinggi menerusi kuasa teknologi dan kecerdasan buatan (AI). ‘Be Unstoppable’ dengan Boost, akses mudah anda kepada perkhidmatan kewangan digital dalam satu platform fintech yang berkuasa. 

Pengguna boleh memuat turun Boost daripada Google Play Store, App Store atau HUAWEI AppGallery. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.myboost.com.my,, atau ikuti perkembangan Boost di Facebook dan Instagram.

Mengenai Paynet

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd) ialah rangkaian pembayaran dan infrastruktur berpusat bagi pasaran kewangan yang terulung di Malaysia. Kami mempelopori inovasi serta membina dan mengendalikan sistem pembayaran dan infrastruktur pasaran kewangan bertaraf dunia yang membolehkan pelaksanaan dan pembangunan sistem kewangan dan juga ekonomi keseluruhan Malaysia dengan selamat, cekap dan boleh dipercayai. Dengan Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai pemegang saham terbesar dan sebelas institusi kewangan utama di Malaysia sebagai pemegang saham bersama, PayNet juga berperanan sebagai platform untuk menzahirkan usaha sama sistem perbankan Malaysia untuk mengguna pakai kaedah pembayaran elektronik. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.paynet.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tom Gv9 | 16

Isu Berpelukan Dengan Fuad Rahman, Tom GV9 Akui Masih Jahil Agama

Qalbox

Muslim Pro App Lancar Perkhidmatan Penstriman Global Qalbox