in , ,

Isu Berpelukan Dengan Fuad Rahman, Tom GV9 Akui Masih Jahil Agama

Susulan gambarnya berpelukan dengan kekasihnya Fuad Rahman tersebar di media sosial, penyanyi Tom tampil membuat permohonan maaf.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Tom berkata kehidupannya tidak sama sepertiorang lain yang tahu halal haram serta baginya berpelukan dengan lelaki adalah perkara biasa.

“Minta maaf pasal gambar saya yang sudah tersebar berpeluk mesra dengan lelaki, tak sengaja. Sebelum ini bagi Tom berpelukan dengan lelaki tu benda biasa dan normal,”

– Tom
Isu Berpelukan Dengan Fuad Rahman, Tom Akui Masih Jahil Agama

Menurut Tom lagi, dia mengakui tidak mengambil berat mengenai perkara tersebut serta memohon maaf sekiranya ada yang kurang senang dengan gambar tersebut.

“Kehidupan saya mungkin tidak macam orang lain yang tahu halal dan haram. Salah saya tidak ambil berat perkara sebegini sebelum ini.

“Maaf sangat-sangat. Pada yang kurang senang tengok gambar-gambar dan video saya sebelum ini, saya mahu mohon maaf,”

– Tom

Dalam pada itu, Tom mengakui dia jahil dalam soal agama serta meluahkan hasrat untuk belajar tentang agama.

“Tom jahil bab-bab ni, bab-bab agama Tom  tak berapa teror sangat. Tom pun teringin nak belajar agama. Tom selalu confuse tentang halal haram sebab Tom dah biasa dengan kehidupan terlalu open antara lelaki dan perempuan, bab-bab agama ni Tom tak berapa tahu sangat,” tulisnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Janna Nick | 16

Foto Janna Nick Baring Atas Katil Berpelukan Dengan Lelaki Dikecam

Fesyen Travel Trending | 17

Pelancong dari Thailand kini Boleh Membuat Pembayaran DuitNow QR