in

Pelancaran Album Kompilasi Radio Rosak 2009

PELANCARAN ALBUM KOMPILASI RADIO ROSAK 2009 : PERMULAAN BARU dan ALBUM TERUJA 2009

ALBUM KOMPILASI RADIO ROSAK 2009 : PERMULAAN BARU  dan ALBUM TERUJA 2009 merupakan satu projek Neo Gendang Records di mana komposer Edrie Hashim sebagai penerbit eksekutif album tersebut.

4198939393 66996343Be O | 4

Antara artis yang terlibat dalam album Kompilasi Radio Rosak 2009 : Permulaan Baru  ini ialah Projek Pistol, Cili, Stereo Sakit, Zip Ziller, Auburn dan Radhi OAG. Lagu-lagu yang terdapat dalam album ini ialah Hingga Hujung Nyawa (Projek Pistol), Sampai Masa (Cili), Kontrak (Zip Ziller), Ruang Hati (Auburn), Indah khabar (Stereo Sakit) dan Merdeka (Radhi OAG).

Manakala bagi Album Teruja 2009 pula, antara artis yang terlibat ialah ikon rock tanah air, Amy Search, Edrie Hashim, Nabila Huda, Kat (Mentor), Bard RI, Eri, Cili, Projek Pistol dan Maryanna.

4198940043 45Bb01F302 O | 5

Album Kompilasi Radio Rosak 2009 dan Album Teruja 2009 ini telah dilancarkan pada 26 Mei 2009 lalu di outlet Gloria Jean’s Coffes, Bandar Sunway dan Gloria Jean’s Coffes   memutarkan lagu-lagu indie dari jam 2 petang hingga 4 petang setiap hari.

Menurut Edrie Hashim, peminat muzik Indie boleh mendapatkan CD ini dengan harga RM29.90 setiap satu. Disamping itu juga, dengan setiap pembelian cd ini, pelanggan dapat menikmati minuman percuma. Gloria Jean’s Coffees merupakan jenama kopi gourmet dari Australia yang terkemuka di dunia. Gloria Jean’s Coffees mempunyai lebih 750 outlet di 25 buah negara, yang menyediakan kopi kepada lebih 8 juta pelanggannya setiap hari. Gloria Jean’s Coffees menawarkan pelbagai minuman espresso, panas dan sejuk, 9 jenis pilihan teh, 8 jenis minuman coklat termasuklah minuman buah-buahan segar sebagai memenuhi permintaan generasi baru peminat kopi.

Gloria Jean’s Coffees terdapat di Plaza Sentral, Maybank Mid Valley, Plaza IBM, Sunway Pyramid, Subang Parade, The Curve, Bukit Bintang Plaza, Dataran Maybank, Tune Hotel 1 Borneo, Maybank Mid Valley Megamall, Bursa Malaysia, Global Doctor Specialist Centre, Mont Kiara dan Plaza Angsana, Johor Bahru.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Aliff Firdaus Lakonan Beego, Irma Hasmie, Jasmin Hamid, Kuza

Konsert Radio Rosak 2009 Pada 26 Disember Ini di Stadium Negara