in ,

Pelakon Nadia Mustafar Gagal Semakan Kehakiman

Menurut berita yang Budiey petik dari Berita Harian pada hari ini, mengatakan pelakon Nadia Mustafar telah gagal dalam permohonan semakan kehakiman dikemukakannya terhadap keputusan Mahkamah Seksyen yang mengarahkan beliau membayar ganti rugi RM50,000 kepada pelakon Lisdawati. Bermakna Nadia gagal dalam permohonannya merayu keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini yang memerintahkan beliau membawa ganti rugi itu.

Keputusan dibuat Mahkamah Seksyen pada 31 Oktober 2011 lalu selepas Lisdawati berjaya memenangi kes tuntutan saman malu difailkannya terhadap Nadia kerana memfitnahnya dalam satu artikel, tujuh tahun lalu.

Pada prosiding di Mahkamah Tinggi di sini semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Abang Iskandar Abang Hashim, berkata Hakim Mahkamah Sesyen, Yong Zarida Sazali tidak berkhilaf dalam membuat keputusan itu.

Lisdawati memfailkan saman menuntut ganti rugi RM250,000 kerana mendakwa Nadia dengan niat jahat memberikan wawancara mengandungi perkataan memfitnah kepada wartawan majalah Media Hiburan, Allahyarham Hanif Abdul Ghani.

Katanya, majalah itu menyiarkan kenyataan Nadia pada keluaran 8 hingga 14 Januari 2005 yang membawa maksud bahawa Lisdawati meminjam wang daripada Nadia dan enggan membayar hutang itu.

Daripada kenyataan ini, apa yang Budiey faham, hakim telah menolak rayuan permohonan semakan Kehakiman dan ini bermakna Nadia terpaksa membayar ganti rugi tersebut sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah. Keputusan itu kekal.

Nadia Mustafar
Nadia Mustafar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Album Kompilasi 4 Diva Rock Lagenda

Sharone Hakman Cooks Up A Storm in Kuala Lumpur