in ,

Lisdawati Tetap Berdiam Diri & Fokus Dengan Ibadah Umrah

Apa sahaja yang berlaku di atas dunia ini semuanya ada hikmah dan pengajaran kepada kita semua. Ini berita terbaru berkenaan dengan isu selisih faham antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan pasangan Lisdawati & Fauzi Nawawi, Budiey telah mendapat sedikit penjelasan daripada pelakon Lisdawati sebentar tadi.

Lisdawati

Selepas berita tentang Sharnaaz Ahmad mahu menuntut pasangan itu meminta maaf kepadanya dalam masa seminggu disiarkan di akhbar pada hari ini, Budiey melihat isu ini bakal berlarutan kerana banyak kenyataan yang disuarakan oleh Sharnaaz Ahmad bercanggah. Lisdawati telah pun mengetahui hal ini semasa membaca Twitter dari Budiey dan beliau belum lagi membaca akhbar Harian Metro hari ini.

Menurut Lisdawati semasa dalam satu perbualan telefon sebentar tadi, beliau mengambil keputusan untuk bertenang dan mahu berdiam diri buat masa ini. Lisdawati juga mahu menyerahkan perkara ini kepada pihak berkenaan (peguam). Pelakon yang turut membintangi Bukan Aku Tak Cinta ini juga mengatakan beliau akan ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah bersama suaminya pada 28 Februari ini selama 11 hari.

Mendengar suara Lisdawati di talian tadi, Budiey masih merasakan beliau masih trauma dengan kejadian yang berlaku. Semoga beliau tabah dan banyak-banyakkan berdoa semoga segalanya kembali tenang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Marsha Milan Londoh Nafi Putus Cinta Dengan Jejaka S

Babak Intim Awie & Erra Fazira Terpaksa Dikurangkan?