in

Gambar Sekitar Karnival Jom Heboh di Sandakan Sabah

Karnival Jom Heboh (KJH) memulakan jelajah tahun ini dengan lokasi pertamanya iaitu Terengganu pada Mac lalu, dan acara padang terbesar TV3 ini meneruskan perjalanan ke lokasi kelima iaitu Sandakan, Sabah! Menerusi acara KJH ini, sekaligus memberikan peluang kepada warga Negeri Di Bawah Bayu ini merasai keraian karnival besar-besaran dan menjadi sebahagian daripada dunia TV3.

Buat julung-julung kali dianjurkan di Sandakan, Sabah, KJH berjaya menarik seramai lebih 500,000 pengunjung dalam penganjuran selama 2 hari dengan membawakan terus kandungan serta program yang selalunya hanya ditonton di kaca televisyen menerusi aktiviti dan gerai menarik kepada para peminat.

Gambar Sekitar Karnival Jom Heboh di Sandakan Sabah

[pullquote align=”right”]KJH yang telah berkampung di Perkarangan Padang Majlis Perbandaran Sandakan, Sabah selama dua hari berturut-turut iaitu pada 31 Ogos dan 1 September 2013 bermula jam 9.00 pagi – 6.00 petang ini, memberi peluang kepada para pengunjung menyertai pelbagai aktiviti menarai di gerai kendalian TV3.[/pullquote]

Antaranya, Cereka dan Studio 3, Bananana!, Wanita Inspirasiku, Wow! Bag Booth, Buletin Utama, Kota Ilmu dan Kiosk Perkhidmatan yang memuatkan segala maklumat, cenderamata eksklusif dan promosi program-program TV3.

Sementara itu, sehari sebelum berlangsungnya KJH di Sandakan, Sabah, iaitu pada hari Jumaat (30 Ogos 2013), atas dasar keprihatinan dan sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya, KJH telah mengadakan program amal di Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan, Batu 5, Jalan Sibuga, Sandakan Sabah. Rombongan TV3 yang diketuai oleh Encik Shariman Zainal Abidin, Pengurus Besar, Pejabat Pengurusi, Media Prima Berhad, disertai oleh para personaliti TV3 seperti Aidid Marcello, Hazlin Hussain, Hazrena Kassim, Nor Azzura Azizul Azman, Mior Abdul Malek, Hasnida Hanim Ahmad Kamil, Fiza Sabjahan, Za’im Helmi Zaini dan Azwaliza Azaman telah menyertai aktiviti gotong-royong membaik-pulih rumah warga tua tersebut. Di samping itu, mereka turut meraikan seramai 49 orang warga tua di rumah berkenaan serta mengadakan sesi penyerahan sumbangan bernilai RM13,000.

TV3 amat berbangga kerana Jom Heboh terus mendapat sambutan hebat dan dikunjungi sehingga kini. Penganjuran Karnival Jom Heboh merupakan antara usaha TV3 untuk lebih mengenali para peminat setia TV3 dan ia platform terbaik bagi TV3 sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia.

Pelbagai aktiviti dan gerai menarik disediakan di Karnival Jom Heboh dan ini membolehkan pengunjung serta ahli keluarga merasa seolah-oleh berada di set program terbitan TV3, beramah mesra bersama artis pujaan mereka di samping berhibur sambil merapatkan lagi ikatan kekeluargaan.

Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad,

“Pada usia 11 tahun penganjuran Jom Heboh diadakan, ini merupakan kali pertama acara padang terbesar TV3 ini berkunjung ke Sandakan, Sabah. Sambutan yang diberikan oleh warga Sabah amat hebat dan di luar jangkaan. Kami dimaklumkan bahawa pengunjung yang hadir di Karnival Jom Heboh ini bukan sahaja dari Sandakan malah ada pengunjung dari Kota Kinabalu, Tawau, Kudat dan daerah-daerah lain yang sanggup menempuh perjalanan berjam-jam semata-mata untuk menyertai kemeriahan acara ini. Saya bagi pihak TV3 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah menggamatkan dan memeriahkan Karnival Jom Heboh. Sokongan mereka terhadap TV3 begitu utuh sehingga mereka beramai-ramai turun memeriahkan Karnival Jom Heboh selama dua hari berturut-turut dengan menghabiskan masa beriadah bersama keluarga. Insyaallah kami akan kembali di Sandakan, Sabah bersama barisan personaliti dan artis-artis popular daripada program-program utama TV3 seperti Buletin Utama, Aksi, Lestary, Zehra, Samarinda, Akasia, Bananana dan Al-Kuliyyah.”

Gambar Sekitar Karnival Jom Heboh di Sandakan Sabah

Antara selebriti yang membuat penampilan di gerai-gerai kendalian TV3 ialah Akim Ahmad (Zehra: Kampung Girl), Shawal Ruslan & Nur Risteena (Lestary: Diandra), Adam Shah (Aksi: Aku), Kumpulan Tapaw (Bintang Mencari Bintang) di gerai Cereka, Reen Rahim, Ezany Nizariff, Nazim Atim (Akasia: Cinta Jannah), Kumpulan Bowl (Bintang Mencari Bintang) di gerai Wanita Inspirasiku, Deera (Bananana! Squad), Harris dan Ben dari Idola Kecil di gerai Bananana!, Alex Yanz, Achey dan Kumpulan Bochik (Bintang Mencari Bintang) di gerai Wow! Bag Booth, Mohd Fasil Mohd Idris dan Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek di gerai Kota Ilmu, Hazlin Hussain, Mior Abdul Malek, Hasnida Hanim Ahmad Kamil, Za’im Helmi Zaini dan Azwaliza Azman di gerai Buletin Utama. Selain itu pengunjung juga berpeluang beramah mesra bersama personaliti TV3, antaranya Aidid Marcello, Hazrena Kassim, Fiza Sabjahan, Nor Azzura Azizul Azman dan Taha Rusydi Mohd Nazri.

Selain itu, KJH juga memberi peluang kepada pengunjung yang hadir untuk melihat sendiri program TV3 berlintas secara langsung dari tapak karnival. Antara program yang bersiaran secara langsung adalah seperti program Al Kuliyyah yang bersiaran pada hari Jumaat, jam 5.00 petang hingga 6.00 petang, program Sembang-Sembang pada hari Ahad, jam 10.00 pagi hingga 10.30 pagi, program Melodi pada hari Ahad, jam 12.30 tengahari hingga 1.00 tengahari dan Konsert Jom Heboh pada hari Ahad, jam 9.00 malam hingga 10.30 malam.

Karnival Jom Heboh menerima kunjungan daripada tetamu kehormat, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dan diiringi oleh Datuk Johan Jaaffar, Pengerusi Media Prima Berhad dan Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, RangkaianTelevisyen, Media Prima Berhad.

Konsert yang berlangsung di Perkarangan Majlis Perbandaran Sandakan, Sabah, pada hari Ahad bermula jam 9.00 malam hingga 10.30 malam merupakan acara penutup tirai Karnival Jom Heboh kali ini. pengunjung dihiburkan dengan persembahan istimewa artis-artis popular tanah air iaitu Hyper Act, Alyah, One Nation Emcees, Akim Ahmad, Tomok, RJ dan Waris. Karnival Jom Heboh akan meneruskan siri penjelajahannya ke lokasi seterusnya, Sarawak pada bulan September nanti.

Gambar Sekitar Karnival Jom Heboh di Sandakan Sabah

Gambar Sekitar Karnival Jom Heboh di Sandakan Sabah

Gambar Sekitar Karnival Jom Heboh di Sandakan Sabah

Gambar Sekitar Karnival Jom Heboh di Sandakan Sabah

Gambar Sekitar Karnival Jom Heboh di Sandakan Sabah

Gambar Sekitar Karnival Jom Heboh di Sandakan Sabah

Gambar Sekitar Karnival Jom Heboh di Sandakan Sabah

Gambar Sekitar Karnival Jom Heboh di Sandakan Sabah

Gambar Sekitar Karnival Jom Heboh di Sandakan Sabah

Gambar Sekitar Karnival Jom Heboh di Sandakan Sabah

Gambar Sekitar Karnival Jom Heboh di Sandakan Sabah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Maimon Mutalib Meninggal Dunia

Audition K-Pop Star Hunt Season 3