in

Pelakon Izara Aishah Mengaku Menari Seksi

Ramai yang bertanyakan, adakah betul salah seorang penari dalam video yang Budiey siarkan adalah Izara Aishah.

Pengakuan telah dibuat oleh Izara Aishah sendiri.

Izara Aishah

“Memang benar itu video seksi saya, tetapi ia dirakamkan tiga tahun yang lalu.”

Itulah kata pelakon Izara Aishah Hisham apabila ditanya tentang penyebaran video seksi menari tarian tango yang seksi dan menghairahkan yang kini tersebar di Youtube.

Menurut Izara Aishah lagi, video ini dirakamkan sekitar tahun 2009 ketika dia mengikuti pengajian di Kolej Universiti Sunway, Bandar Sunway, Selangor dan dia tidak hipokrit atau mahu menipu, menafikan perkara terbabit sebaliknya lebih suka berterus terang mengenai apa sebenarnya berlaku.

“Sekarang saya sudah matang dan dapat membezakan mana yang baik atau sebaliknya.”

Izara Aishah mengakui video yang tersebar di Youtube itu adalah rakaman semasa beliau menjalani projek akhir semester semasa mengambil kursus tarian Diploma Seni Persembahan di Kolej Universiti Sunway, Bandar Sunway, Selangor. Dalam video ini, Izara Aishah memegang watak seorang pengemis.

Menurut Izara Aishah, oleh kerana kehendak tugasan ketika itu memerlukan dia berpakaian seksi dan beraksi sedikit ghairah.

Izara juga tak sangka video ini telah dimuat turun di Youtube selepas dikongsi rakannya di Facebook menyebabkan beberapa peminat menyatakan kekecewaan mereka selepas menyaksikan video tarian berkenaan.

What do you think?

65 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Video Aksi Ghairah Izara Aishah Menari Seksi Tango

Wajah Terbaru Raja Ema Yang Kurus