in ,

Salman Khan Kongsi Gambar Dengan Bekas Kekasih Di Twitter

Pelakon Salman Khan dan Katrina Kaif, 36, berkongsi gambar sebaik penggambaran filem terbaharu lakonan mereka, Bharat selesai baru-baru ini.

Salman, 54, memuat naik gambarnya bersama bekas kekasihnya itu di laman Twitter sementara aktres tersebut berkongsi foto berkenaan di laman Instagramnya. 

Salman dilapor pernah bercinta dengan Katrina beberapa tahun sebelum hubungan mereka putus pada 2010. 

salman khan

Bharat merupakan filem ketiga gandingan bersama pasangan ini selepas filem Sultan (2016) dan Tiger Zinda Hai (2018). Bharat merupakan arahan Ali Abbas Zafar ini turut dibintangi Tabu, Disha Patani dan Sunil Grover. 

Bharat merupakan filem adaptasi dari Korea Selatan berjudul Ode To My Father (2014). Ia mengisahkan tentang perang Korea yang berlaku pada tahun 1950. 

Filem ini merupakan terbitan bersama Salman dengan Atul Agnihotri. Bharat menjalani penggambaran di India, Abu Dhabi dan Sepanyol dan dijangka menemui penonton pada bulan Mei ini. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Meriahnya Meeracle Glory Night 2018 di Le Meridien Kuala Lumpur

Pelakon Emily Kong Maut Kemalangan