in

Pekin Undang Kontroversi Jadi Wanita Dalam Filem COVERINA

Kelakar bila tengok trailer filem Coverina kat atas ni. Sebuah filem lawak di mana menampilkan pelakon berkarakter Pekin mencuba untuk membawa dua watak lelaki dan perempuan dalam satu filem. Tidakkah akan ada nanti kontroversi dan isu yang timbul? Menurut berita dari Malaysian Digest, pelakon berbakat, Pekin Ibrahim, 33, katanya bersedia dengan kontroversi apabila tampil menjadi perempuan dalam filem terbaru, Coverina arahan sulung pengarah, Khalid Nazri.

coverina

Berbeza dengan karakter serius yang lazimnya dilakonkannya sebelum ini, Pekin menyangkal pernampilan itu sengaja mahu memperlekehkan golongan pondan jauh sekali merendahkan martabat kaum wanita

Jelasnya, filem tersebut bukan mengetengahkan isu golongan lembut mahupun mana-mana pihak sebaliknya, memaparkan jalan cerita yang ringan dan komedi serta membawa mesej tentang kejujuran.

“Dalam filem ini, saya bukan pondan atau mak nyah. Saya sebagai perempuan sebenar dan memegang dua watak iaitu Kamal dan Kamelia. Bagi saya, kritikan itu perkara biasa. Saya sudah bersedia dan tahu apa yang saya kena jawab nanti jika sekiranya, ada isu atau kontroversi yang tercetus sebaik filem ini ditayangkan.

“Filem ini tidak memperlekehkan mana-mana golongan baik wanita atau mak nyah. Ceritanya ringan dan kelakar merujuk kisah seorang lelaki yang kurang keyakinan diri tetapi apabila menjadi perempuan, dia rasa lebih yakin dalam setiap apa yang yang dilakukan.

“Sebenarnya, mesej yang hendak disampaikan ialah kita tidak perlu menjadi orang lain tetapi perlu jujur pada diri sendiri. Saya berharap tiada apa-apa isu yang tmbul dan ramai penonton akan menonton filem ini,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.

Belum pun ditayangkan, filem ini hangat diperkatakan ramai di laman sosial selepas ‘trailer’ filem terbitan SPS Jaya Sdn Bhd ini boleh ditonton di YouTube sejak 11 Januari lalu.

“Saya tahu gambar saya berpenampilan seperti perempuan tersebar dan menjadi bualan. Namun, bukan saja watak saya yang menjadi bualan tetapi ada tarikan lain iaitu topi keledar merah yang saya pakai dalam filem itu yang membuatkan filem ini menjadi ‘viral’.

“Dalam kalangan mat motor, mereka tahu yang topi keledar itu adalah edisi khas dan harganya sangat mahal mencecah RM45,000,” katanya.

Filem ini juga dibintangi Siti Elizad dan Cat Farish yang akan ditayangkan bermula 19 Februari nanti. Sumber: Malaysian Digest

coverina

coverina

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kerjaya Impian Kembali Untuk Musim Kedua

Awie Hilang Hak Penjagaan Anak