in ,

Awie Hilang Hak Penjagaan Anak

awie

Menurut sumber Kosmo! penyanyi rock popular, Awie kehilangan hak penjagaan ke atas tiga orang anaknya setelah Mahkamah Tinggi Syariah semalam memberikan perintah hak penjagaan sementara (hadanah) kanak-kanak itu kepada isterinya, Rozana Misbun.

Perintah penjagaan kepada Rozana, 37, diputuskan oleh Hakim Syarie Ibrahim Deris ketika prosiding berlangsung di kamarnya.

awie_sekeluarga

Ibrahim membuat keputusan itu setelah beliau berpuas hati dengan dokumen yang dikemukakan oleh Rozana yang merupakan pemohon dalam kes tersebut.

Rozana diwakili peguam syarie, Jamal Mohd. Lokman Sulaiman.

Dalam perintah itu, mahkamah memutuskan Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5, diberikan kepada Rozana sehingga perintah penjagaan kekal ke atas anak-anak pasangan itu dikeluarkan.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, sebagai responden diberikan hak melawat di kediaman anak-anaknya selama dua jam sebanyak dua kali sebulan pada Sabtu atau Ahad pada minggu pertama dan ketiga.

Bagaimanapun, sebelum melawat anak-anaknya itu, Awie diperintahkan supaya memaklumkan terlebih dulu kepada Rozana.

sumber : Kosmo!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

pekin

Pekin Undang Kontroversi Jadi Wanita Dalam Filem COVERINA

Persatuan Pengasih Malaysia Mahu Bantu Zamani Slam