in , , ,

Drama DIA ISTERIKU Lakonan Che Ta Papar Kisah Peritnya Difitnah

Drama DIA ISTERIKU Papar Kisah Peritnya Fitnah Dan Manisnya Sabar Dalam Kehidupan Berkeluarga Ditayangkan di TV AlHijrah. Jom ketahui sinopsis drama ini!

Slot Qalbu di TV AlHijrah sedang menyiarkan drama bersiri ketiga semenjak ia dilancarkan Jun 2021 lalu. Drama Dia Isteriku telah memulakan tayangannya pada 13 September lalu, setiap Isnin dan Selasa, jam 6 petang.

Drama 13 episod ini adalah kisah duri dalam daging di dalam keluarga Helmi dan Aisyah. Segalanya bermula apabila Elisha, anak kandung Aishah hasil perkahwinan terdahulu bersama Bahar datang tinggal bersama ibunya disebabkan Bahar dihantar bertugas ke Afrika Selatan. 

Drama DIA ISTERIKU Papar Kisah Peritnya Kena Fitnah

Elisya mengalami sedikit kejutan budaya dan mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri. Manakan tidak, sewaktu tinggal dengan bapanya, hidup dia agak bebas dan dia tidak mempedulikan hukum hakam agama. 

Suasana amat berbeza di rumah ibunya. Helmi dan Aishah mementingkan suasana kehidupan Islam dan penuh kasih sayang. Ini membuatkan Elisya rasa terkongkong dan memberontak.

Namun begitu, Helmi dan Aishah tidak pernah berbagi kasih sayang. Sebagaimana mereka mengasihi anak kandung mereka Ikhwan, begitu mendalam juga perhatian dan layanan diberikan kepada Elisya.

Namun begitu, didikan dan kasih sayang Helmi disalah tafsir oleh Elisha. Dalam diam dia jatuh cinta dengan bapa tirinya. Dia berusaha berubah mengikut corak hidup sebagai muslimah sejati untuk menarik perhatian Helmi. Bukan itu sahaja, Elisya juga mula bertudung, menjaga solat dan jarang keluar rumah. 

Perubahan sikap Elisya itu mengejutkan ramai kawan-kawannya terutamanya kawan baiknya Intan. Mereka tidak menduga Elisya yang selama ini begitu benci hidup terkongkong bertukar menjadi muslimah sejati.

Elisya tanpa segan silu memberitahu Intan bahawa dia berubah disebabkan bapa tirinya. Dia kini terpikat dan jatuh cinta dengan perawakan dan perwatakan Helmi. Keadaan bermula tegang apabila cerita Elisya terpikat dengan bapa tirinya mula tersebar dan menjadi gosip hangat sehingga menjejaskan hubungan Aisyah dan Helmi.

Drama DIA ISTERIKU Papar Kisah Peritnya Kena Fitnah

Dugaan demi dugaan berlaku terhadap keluarga Helmi dan Aishah. Kemuncak, tatkala Helmi menjelaskan kepada Elisya bahawa dia menyayangi Elisya seikhlas hati sebagai seorang bapa, Elisya bertindak nekad menjadi duri dalam daging dengan menyebarkan fitnah bahawa Helmi cuba berbuat tidak baik terhadap dirinya.

Aisyah percaya dengan fitnah Elisya. Bahar pula kononnya atas tanggungjawab sebagai bapa membuat laporan polis sehingga menyebabkan Helmi ditahan polis. 

Helmi tabah dan tetap menafikan segala tuduhan itu. Elisya yang bangga dapat membalas dendam terhadap Helmi secara tidak sengaja memberitahu Intan bahawa sesiapa yang menolak kehendak dan keinginan dirinya pasti akan menerima padah.

Mampukah Helmi membersihkan nama baiknya sekaligus membebaskan dirinya dari tahanan pihak polis? Adakah Aishah sanggup menerima Helmi kembali? Bagaimana pula Bahar berhadapan dengan anak kesayangannya Elisya setelah perkara sebenar terbongkar?

Jangan lupa untuk sama-sama menyaksikan drama Dia Isteriku terbitan Sha’s Media Sdn.Bhd yang diarahkan oleh Mazri Mustafa dan bagi mengetahui kesudahan kisah kisah peritnya fitnah dan manisnya sabar dalam kehidupan berkeluarga.

Drama Dia Isteriku dilakonkan barisan pelakon hebat tanahair seperti Rozita Che Wan, Hafidz Roshdi, Shalma Eliana, Dato Fizz Fairuz dan ramai lagi.

Drama DIA ISTERIKU Papar Kisah Peritnya Kena Fitnah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pawagam TGV Sudah Dibuka, Ini Tawaran Istimewa Buat Pengunjung

tony fernandes airasia-2020

AirAsia Yakin Sektor Pelancongan Domestik & Antarabangsa Akan Kembali Pulih