in

Paul Walker Dapat Pengiktirafan Di MTV Movie Awards 2014

Kematian bintang Hollywood terkenal, Paul Walker akibat kemalangan ngeri tahun lalu masih lagi dikenang oleh sekalian peminat. Kerana itu juga, filem Fast & Furios ke-7 terpaksa dihentikan. Kehilangannya masih diratapi.

Pada hari Isnin lalu, bintang ini dikenang dalam sebuah anugerah tahunan yang mengiktiraf filem terhebat sepanjang tahun, MTV Movie Awards 2014 dengan menyelitkan segmen khas sebagai tanda penghargaan terhadap pelakon berkenaan.

paul-walker

Pada majlis itu, MTV telah menayangkan video penghormatan untuk Paul Walker. Antara lain, kandungannya memaparkan perjalanan kerjaya seni Walker dari mula sampai tamat riwayatnya. Segmen khas ini menampilkan reaksi teman seperjuangan dalam filem sama, Jordana Brewster.

Paul Walker yang meninggal dunia dalam usia 40 tahun pernah dicalonkan dalam Anugerah MTV Movie bersama rakannya Vin Diesel bagi kategori Duo Skrin Terbarik untuk Fast & Furious 6. MTV Movie Awards 2014 yang dianjurkan di Nokia Theatre Los Angeles, Amerika Syarikat dihoskan oleh Conan O’Brien. Majlis ini dimeriahkan dengan penampilan khas Eminem & Rihanna bergabung meletop mempersembahkan lagu The Monster dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Peserta Kilauan Emas Musim Ke-4

Discovery Channel Siar Dokumentari FLIGHT 370: THE MISSING LINKS