in , ,

Pasya Kembali Dengan KEMELUT, Mengisahkan Cinta Tak Kesampaian

Faizul Asyraf Bin Fauzi atau lebih dikenali dengan nama Pasya, tampil dengan lagu terbaharu berjudul KEMELUT. Lagu ini merupakan hasil sentuhan Zimi, seorang komposer terkenal dengan susunan muzik dan melodi yang sering mendapat perhatian pendengar. Lirik pula ditulis oleh Jerry. 

Kemelut mengisahkan tentang cinta yang tidak kesampaian walaupun pelbagai ranjau duri yang dilalui bersama pasangan yang diakhiri dengan perpisahan.

Menurut Pasya. “Lagu Kemelut ini benar-benar menyentuh hati saya. Dengan liriknya mempunyai nilai sentimental dan ada maksud lirik yang dihasilkan sangat mendalam. Saya yakin pasti ramai yang pernah merasai dan melaluinya. Jadi menerusi lagu ini, saya berharap agar pendengar semua dapat merasai apa yang saya cuba sampaikan. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua kerana sentiasa memberi sokongan kepada perjalanan karier saya.”

FAHMI Suami Nynaa Harizal Fail Permohonan Supaya Isteri Kembali Taat

Pasya juga merupakan peserta program Lagu Cinta Kita Musim Ketiga (LCK3) dan juga finalis Mentor 7 (2017) pernah melancarkan dua buah lagu sebelum ini iaitu Rapsodi Jalanan dan Arca.

Salah satu kejayaan terbesar PaTahniah! Zaaim Protege Siti Nordiana Juara Mentor 7sya sepanjang kariernya dalam bidang nyanyian adalah menerusi lagu cover beliau Nur Nilam Sari yang telah berjaya meraih capaian tontonan sebanyak 5.6 juta di Youtube setakat ini (sumber: Youtube GengPasya). 

Lagu Kemelut merupakan runut bunyi kepada drama Lestary: Diari Seorang Suami yang disiarkan bermula 12 November, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam. Lagu Kemelut sesuai dengan jalan penceritaan drama 13 episod ini kerana ia mengisahkan tentang pasangan muda lakonan Afieq Shazwan dan Yuna Rahim nekad mencari kebahagiaan hidup walaupun perkahwinan mereka tidak direstui oleh keluarga masing-masing. Namun, cabaran hidup yang sangat sukar di ibu kota mula menguji perasaan dan hati kedua-dua insan muda ini. 

Lagu Kemelut ini sudah boleh mula didengari di semua pelantar digital kegemaran dan muzik video di tonton di saluran Youtube Alternate Records & Talents.

DSC08875
DSC08874

LIrik Lagu KEMELUT

Artis           : Pasya

Tajuk          : Kemelut

Komposer  : Zimi

Penulis lirik: Jerry 

Tak pernah

Kusangka begini

Terjarak juga diantara kita

Takdir memaksa kita

Memilih jalan duka

Demi menyinari cahaya kita

Menitis

Airmata ini

Terpaksa kulepaskan

Dikau pergi

Meski hati merintih

Harusku telan jua

Untuk melihat kau sempurna

Kurelakan

Luka dihatiku

Biarpun kutahu kau takkan pernah mahu

Aku tahu 

Deritamu

Takkan terpadam segala rasa cinta kita

Kuberdoa

Akan ada nanti

Masa kita akan bertemu kembali

tuk memilik 

Hati ini

Bersatu kita diakhir cerita

DSC08886

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Park Seo Jun trending

YouTube Kini Sembunyikan Jumlah ‘Dislike’ Pada Semua Video Mereka

Sinopsis Drama Bersiri DIARI SEORANG SUAMI Lakonan Keith Foo