in ,

Pengacara MPOP! Nina Nadira Masih Fobia Keluar Rumah

Pengacara, Nina Nadira memilih untuk terus berkurung di rumah biarpun kerajaan sudah memberi kelonggaran dan membenarkan orang ramai menjalankan aktiviti harian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Nina atau nama sebenar, Nina Nadira Naharuddin, 27, mengaku masih takut keluar ke tempat awam memikirkan keselamatan anak yang berusia setahun tiga bulan.

“Saya masih ‘paranoid’ untuk keluar rumah. Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya tidak banyak keluar rumah kerana risau keselamatan anak.

“Saya hanya keluar apabila ada urusan kerja. Selesai tugasan, saya terus pulang. Kawan-kawan pun saya tak jumpa,”

– Nina Nadira

Nina berkahwin dengan Ahmad Farhan Rusman pada 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Nina Lilyanna, Mac tahun lalu.

Nina02
Tiada yang lebih membimbangkan Nina selain kesihatan anak yang berusia setahun tiga bulan, ketika negara masih melawan pandemik COVID-19. Foto Ihsan Nina Nadira

Sehubungan itu, Nina lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama anak dan cenderung menyelesaikan beberapa tugasan seperti undangan nyanyian atas talian.

“Sejak PKP, banyak kerja pengacaraan tergendala. Alhamdulillah, saya dapat tawaran menyanyi pada majlis perkahwinan secara online.

“Inisiatif seumpama ini adalah normal baharu kehidupan yang semakin popular,”

– Nina Nadira

Mengenai karier pengacaraan, Nina berkongsi butiran program hiburan MPop! yang dikendalikannya.

Nina04

Mengelolakan program lima minit setiap Isnin sehingga Rabu di TV3 dan TV9 itu, Nina berkata, dia pantas menyesuaikan diri dengan MPop! berikutan pengalaman silam.

“Sebelum ini, saya ada menerima tawaran membintangi teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM).

“Namun, saya terpaksa tarik diri kerana takut tidak boleh beri komitmen disebabkan kesibukan mengurus anak.

“Namun, saya bersyukur komitmen sebagai pengacara MPop! tidak menuntut masa panjang. Apatah lagi, saya bergilir-gilir dengan dua hos lain iaitu Hani Fadzil dan Harris Alif,”

– Nina Nadira

Nina berkata, dia berkawan dengan Hani sejak di bangku sekolah.

“Semuanya berjalan dengan baik walaupun perlu muncul ke udara sepanjang PKP. Saya seronok mengendalikan program ini,”

– Nina Nadira

Dalam pematuhan PKPP, MPop! terus menyajikan temu bual bersama artis secara atas talian selain kandungan menarik industri hiburan dan fesyen.

MPop! boleh ditonton pada setiap Isnin hingga Rabu di TV3, jam 12.55 tengah hari dan TV9 pada jam 8.30 malam.

Program ini juga boleh ditonton di platform digital iaitu www.tonton.com.my bagi paparan eksklusif.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Boy Iman Diisytihar Muflis

Pasaraya Ebit Lew Cari 100 Pekerja, Netizen Mohon Buka Banyak Cawangan