in , ,

Party Bersama Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood

Dayang Nurfaizah, seorang penghibur yang cukup berbakat besar dari Kuching, Sarawak dan cukup dikenali dengan keunikan suara beliau yang sering kali memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya akan mengadakan persembahan istimewa pada 21 Julai 2007 (Sabtu) di Planet Hollywood KL. Ia bersempena dengan sambutan ulangtahun kelahiran beliau dan juga pelancaran album terbaru beliau; Dayang 20 07.

Pastikan anda semua bersedia untuk meraikan kehebatan Dayang mengadakan persembahan pada hari istimewa tersebut. Beliau akan diiringi oleh barisan pemuzik terhandal yang ada di Malaysia.

Dayang menjanjikan hanya yang terbaik untuk para-para peminatnya yang selama ini tidak putus-putus menyokong beliau dan persembahan ini merupakan salah satu cara Dayang menghargai setiap mereka yang ada di luar sana.

Oleh kerana itu, jangan lepaskan peluang untuk berhibur bersama salah seorang penghibur terbaik tanah air; Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood pada 21 Julai 2007 (Sabtu) pada pukul 3 petang.

Bayaran masuk bagi Showcase Istimewa Bersama Dayang ialah RM25 termasuk satu minuman percuma. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03- 2144 6602.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Biodata Penyanyi & Pelakon Farahdhiya

Sinopsis Filem HARU BIRU Lakonan Que Haidar & Dynas Mokhtar