in , , ,

Panggung RTM, Kesal Seorang Pesakit HIV Dalam Telefilem KALIMAH CINTA

Sepasang suami isteri yang hidup dengan penuh kasih sayang. Kesibukan isteri bekerja menyebabkan suami mula curang dengan perempuan lain sehingga disahkan mengidap HIV. Isteri kecewa dengan situasi tersebut apatahlagi bila pada waktu sama majikannya berterus-terang sukakannya.

Ibarat kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna yang menghadirkan maksud fikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu supaya tidak menyesal. Kisahnya dibawakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam telemovie bertajuk “Kalimah Cinta” pada 7 November ini, pukul 10.00 malam mengisi slot Panggung RTM di TV1.

Situasi yang realitinya berlaku dalam kalangan masyarakat kita terbitan Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd ini membariskan pelakon utama Puteri Khareeza, Nina Iskandar, Idris Khan, Wanna Ali dan Akmal Ahmad. 

Telefilem KALIMAH CINTA

Karya arahan Helmi Yusof ini memaparkan watak utama si isteri bernama Aulia yang terlalu mencintai suaminya, Muslim. Apatahlagi dengan sikap Muslim yang melayannya dengan sungguh romantik dan selalu bermadah tentang cinta. Muslim sering membuat kejutan-kejutan cinta buat isterinya. 

Sementara itu, Rahmat yang merupakan majikan Aulia selalu memberi banyak kerja sehingga beliau terpaksa pulang lewat.  

Tiba-tiba satu hari mereka dikejutkan dengan kejadian Muslim yang terlibat dengan kemalangan jalan raya dan dimasukkan ke ICU dalam keadaan koma. Aulia meminta cuti sebulan tetapi Rahmat tidak membenarkannya. Perasaan Aulia mula bercampur baur dengan rasa marah dan mengharapkan pertimbangan majikannya. 

Rahmat mula berbaik dengan Aulia kerana beliau sebenarnya telah jatuh hati dengan Aulia. Ketika Aulia melawat Muslim di hospital, beliau dikejutkan dengan kehadiran seorang perempuan yang dilihat sedang melayan Muslim dengan mesra. 

Aulia kecewa dan hatinya remuk dengan insiden tersebut. Hidup Aulia semakin gelap apabila Muslim disahkan mengidap penyakit HIV. Rahmat memaksa Aulia melakukan saringan HIV dan Aulia didapati bebas daripada penyakit tersebut. Kata-kata Rahmat menyedarkan Aulia dan beliau kembali menguruskan Muslim yang sedang sakit. 

Muslim memohon kemaafan atas keterlanjurannya. Namun adakah Aulia sudi menerimanya kembali? 

Telefilem KALIMAH CINTA

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Telefilem KALIMAH CINTA

What do you think?

71 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Mendepani Covid-19, Sasterawan & Seniman Bersatu Dalam PUISI MAYA

Sosial Media Toksik, Janna Nick Pesan Lebih Baik Hargai Kehidupan Sendiri