in , ,

Sosial Media Toksik, Janna Nick Pesan Lebih Baik Hargai Kehidupan Sendiri

Pengacara dan pelakon, Janna Nick menyeru orang ramai supaya sentiasa meraikan pendapat orang lain meskipun kadang kala ia bercanggah dengan pendirian kita.

Menurut Janna, kita tidak boleh terlalu mementingkan diri sendiri sehingga menganggap pendapat orang lain adalah salah.

“Kau rasa pandangan kau selalu betul? Habis tu kau agak pandangan orang lain semua salah la eh? Kalau tanya aku, aku rasa semua betul. “Ye la..kita tengah cakap pasal pandangan. Bukannya fakta. “Soal pasal apa yang kau rasa betul dan apa yang kau rasa mungkin salah.

“Sudah sudah la, fikir berpaksi kan otak kau je. Lepas tu bila pandangan orang lain bercanggah, kau rasa jijik & kau rasa menympah,” tulisnya. Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon telefilem Pasal Kau itu menerusi akaun Instagram miliknya. Dalam pada itu, Janna turut menyifatkan persekitaran yang berbeza juga banyak mendorong kepada cara seseorang itu berfikir.

“G1la ke apa, tu sebab aku cakap pandangan semua orang betul. Sebab semua orang tak membesar dalam rumah kau. “Semua orang tak berpeluang macam kau. Semua orang takde ilmu yang sama macam kau. “Hidup ni singkat kalau kau nak perjuangkan & nak paksa orang hidup cara kau. Pasal bukan mak bapak kau yang ajar diorang cara hidup. Pasal bukan semua ada mak bapak masa hidup,” kongsinya lagi.

Janna Nick

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersependapat dengan apa yang diperkatakan oleh Janna itu.

Laman sosial menjadi pilihan untuk semua golongan tidak kira usia mencari kenalan baharu, berkomunikasi dengan rakan dan berkongsi foto serta video aktiviti harian. Biarpun ia sesuatu yang baik namun pelakon dan pengacara Janna Nick menganggap media sosial itu juga memberi impak yang negatif terhadap kehidupan seseorang.

Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 25, seseorang itu juga akan mula membuat perbandingan disebabkan terlalu memerhatikan perkongsian orang lain di platfrom tersebut. “Media sosial ini yang toksik sebenarnya… kau scroll IG, duk tengok kehidupan orang. Lepas itu insecure sendiri. Mulalah bandingkan kehidupan kau dengan orang itu.

“Mulalah bandingkan kejayaan orang itu dengan setakat apa yang kau mampu capai. Paling teruk bila hilang rasa bersyukur kau itu,” kata Janna menerusi laman Instagram miliknya. Rata-rata wargenet di ruang komen perkongsian tersebut turut bersetuju dengan pandangan Janna mengenai keburukan laman sosial di masa kini.

Tapi siapa yang nak upload cerita dvka? Siapa yang nak kongsi kisah luka?

Malah rakan selebriti seperti Eyka Farhana, Idzham Ismail, Nazrief Nazri, Ramona Zam Zam, Fadlan Hazim dan Alvin Chong juga bersetuju dengan pendapat itu. Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Bukan Cinta Aku ini turut berkata, kebanyakan apa yang dikongsikan di laman sosial sekadar permainan dunia saja.

Kata Janna, tiada siapa yang mahu memuat naik perkara yang sedih atau berkongsi cerita dvka kepada umum dan turut menasihati pengikutnya agar bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang. “Kau ingat semua yang orang tayang itu, betul-betul berjaya? betul-betul bahagia? betul-betul kaya? Ini semua permainan dunia. Bukan nak kata semua itu dvsta semata. “Tapi siapa yang nak upload cerita dvka? Siapa yang nak kongsi kisah luka? Dah… dah, jangan fikir negatif. Jangan rasa diri kau itu kecil. “Bersyukur saja dengan apa yang kau dah ada #JNbermadah,” ujarnya.- MSTAR

‘Kasihan Dini tak biasa gosip liar’ – Janna Nick

Terdahulu, pelakon, penyanyi dan pengacara, Janna Nick, 25, berkocak seketika apabila berita mendakwa berkahwin lari dengan kekasihnya, Dini Azan Schatzmann, 26, di Satul, selatan Thailand pada Jun tahun lalu tersebar.

Kisah kahwin lari hangat diperkatakan menerusi pendedahan seorang pengguna laman Twitter yang memuat naik keratan memaparkan maklumat peribadi Janna dan Dini. Terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran berhubung kontroversi itu. Enggan terus membiarkan spekulasi, aktres yang mencetuskan fenomena menerusi drama Syurga Nur dan Kau Aku Kita itu meleraikan tanda tanya.

Saat dihubungi, si pemilik nama lengkap, Nurul Janna Muner ini hanya tergelak besar, sekali gus memberi petanda berita yang tersebar hanya sekadar khabar angin. Lapan tahun berada dalam dunia seni, Janna berkata, cerita kahwin lari sama seperti pelbagai gosip lain yang pernah melanda dirinya sebelum ini. “Isu dan dakwaan kahwin lari tak benar sama sekali. Sebagai artis, saya sudah lali dengan gosip seperti ini. Keluarga saya pun faham dan tahu situasi sebenar kerana saya tinggal bersama mereka.

“Cuma, saya kasihan pada Dini. Dia masih baharu dan tidak biasa dengan gosip liar seperti ini. Apabila kontroversi ini timbul, Dini menghubungi saya untuk membincangkan perkara ini. Saya tahu dia bimbang dengan penerimaan keluarga dan sanak saudara kerana mereka tidak biasa. Apa yang boleh saya lakukan hanyalah menasihatinya supaya tenang dan bersikap rasional.

“Jika ada media yang mahu menemubual untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini, bagi saja kenyataan. Leraikan persoalan dan jangan melarikan diri. Berani kerana benar,” katanya kepada BH Online. Pelakon yang diangkat Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu berkata, dia tidak pernah terlintas dalam hati mahu berkahwin lari atau menyembunyikan hari bahagia kerana perkahwinan adalah satu perkara yang baik dan harus dikongsi bersama mereka yang tersayang.

“Perkahwinan adalah penyatuan dua hati dan keluarga kedua-dua pihak. Jadi mengapa perlu nak merahsiakannya? Insya-Allah jika ada perancangan ke arah perkahwinan, kami akan berkongsi kegembiraan dengan semua pihak,” janjinya. Dalam temubual itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Mungkin Saja dan Akan Bercinta itu turut meluahkan perasaan terkilan apabila maklumat peribadinya didedahkan kepada umum.

Tegas Janna, tindakan susulan akan diambil kepada individu yang menyebarkan maklumat peribadi dirinya. “Saya sudah berbincang dengan peguam dan tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa atas penyebaran maklumat peribadi di bawah Akta Hak Perlindungan Peribadi,” katanya.

Mengulas hubungannya dengan pelakon drama Bukan Cinta Aku itu, Janna berkata, ia masih berjalan seperti biasa. Cuma tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan membataskan mereka untuk bertemu. “Hubungan masih baik, macam biasa. Lama juga kami tak jumpa sejak tempoh PKP dikuat kuasa. Rindu sangat-sangat. Hanya telefon dan panggilan video menghubungkan kami,” ujar pengacara Melodi itu.

Sekarang makin berjaga jaga dan patuh arahan yang ditetapkan. Terkedu Janna Nick luahkan sesuatu di laman sosialnya mengenai kerjayanya ketika musim pandemik ini.

KUALA LUMPUR: Perkongsian Janna Nick berhubung penularan COVID-19 menyebabkan dirinya takut kembali ke lokasi penggambaran, menarik perhatian peminat. Melalui Twitter, Janna yang tercalon dalam tiga kategori Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, menyebut: 

“Takutlah nak ‘penggambaran’, saya tidak mahu menjadi pembawa wabak atau pun dijangkiti.” Bertanya Janna atau nama sebenar, Nurul Jannah Munir mengenai kebimbangannya itu, pelakon dan pengacara ini berkata: “Saya akan memasuki set drama Melastik Ke Hatimu untuk slot Lestary, TV3, minggu depan.

“Melihatkan angka jangkitan yang melonjak setiap hari, saya takut. Bukan apa, saya tinggal bersama keluarga. Jadi saya tidak mahu ibu dan adik-adik terkena jangkitan. “Memang saya sentiasa berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) disarankan kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak.

“Langkah itu boleh diambil di luar set penggambaran. Tetapi tidak mungkin kami akan memakai pelitup muka ketika sedang berlakon. Jadi itu yang merisaukan saya,” katanya. Sementara itu, mengulas mengenai pencalonannya dalam tiga kategori ABPBH 33 iaitu Pelakon TV Wanita Popular, Pengacara TV Popular dan Artis Versatil Popular, Janna berterima kasih kepada penganjur kerana masih mencalonkannya.

Janna yang memenangi kategori Artis Versatil Popular ABPBH 32 bagaimanapun tidak mempunyai strategi untuk mengekalkan trofi berkenaan. “Tahun ini, saya tiada strategi. Lagipun, dalam keadaan sekarang, agak sukar untuk saya bertemu peminat.

Jadi, saya hanya dapat berkomunikasi dengan mereka melalui Telegram. “Biarpun dalam norma baharu, saya yakin ABPBH 33 tetap meriah,” katanya yang pernah merangkul trofi kategori Pelakon TV Wanita Popular pada ABPBH 30.-BHONLINE

Terdahulu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ada memaklumkan bahawa aktiviti pengambaran adalah dibenarkan di kawasan yang dikuatkusakan PKPB. Bagaimanapun, pihak produksi hendaklah mematuhi segala garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Malah, pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid turut mengumumkan FINAS telah pun memperkenalkan Insentif Saringan Prihatin bagi membolehkan syarikat produksi membuat tuntutan caj ujian saringan ke atas pelakon dan kru yang menjalani penggambaran sepanjang tempoh PKPB.- MediaHiburan 

Ohh macam tu kisahnya, patutlah Janna Nick takut nak datang penggambaran dia dengan kes yang makin melonjak sekarang tapi ada SOP yang dikenakan untuk aktiviti penggambaran di kawasan PKPB. 

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Panggung RTM, Kesal Seorang Pesakit HIV Dalam Telefilem KALIMAH CINTA

“Jujunya Saya Menangis,” Fedtri Yahya Dedah Kisah Semasa Menulis Lirik KASIH PADAMU