in ,

Pandangan Pertama Trailer Filem MUNAFIK 2

Alamak, bukak-bukak komputer pagi ni, Budiey tertengok trailer filem MUNAFIK 2 tanpa sengaja. Aduyai… seram giler wei sampai bulu roma meremang macam ada orang je kat belakang ni.

Banyak babak yang tak tersangka akan menjelma dalam trailer ni. Kelibat Maya Karin dirasuk jadi hantu sangat wow lakonan itu… aksi menjilat darah dan kengerian yang tak terperi. Jangan pulak ada yang rasa mual nak muntah dalam panggung nanti sudah lah. Patutlah Mawi awal-awal lagi kasi amaran untuk perempuan mengandung dilarang menonton filem ni. Ada kelibat Nasir Bilal Khan mengingatkan pada tanah kubur tapi watak dia macam tok guru atau ketua ajaran sesat yang kejam dan begitu fanatik.

Dalam ruangan komen di Youtube, Syamsul Yusof ada menulis:

Di dalam Al Quran, golongan yang paling teruk dikeji Allah ialah ulama yang tidak amanah dan mengharapkan habuan dunia. Golongan inilah yg bakal ditentang oleh Ustaz Adam dalam filem “Munafik 2”. Nantikan pertarungan antara hak & batil yang mampu menggegarkan jiwa. Berjayakah Ustaz Adam melawan orang2 munafik yg menentang Allah dan Rasulnya? Kerana Adam hanyalah insan biasa.. Saksikan filem “Munafik 2” di pawagam pada 30 OGOS 2018 ini seluruh Malaysia/Singapore/Brunei. “Munafik 2” juga bakal ditayangkan di bioskop Indonesia pada tarikh yang akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Syamsul juga tak memandang remeh soal sinematografi untuk filem ini. Paparan visual disorot dengan begitu kemas dengan kerja kamera dari beberapa sudut dengan menggunakan teknologi terbaru untuk kepuasan penonton.

Lepas tu, macam biasala filem ni tak lepas dengan adegan suspen dan beberapa hantu terang-terangan ditonjolkan tanpa selindung lagi… itu signature Syamsul Yusof yang dicop sebagai Pengarah Terbaik Asia Pasifik… kau mampo dik?….

OMG keterujaan untuk melayan keseraman filem ini pada 31 Julai di Malam Tayangan Media.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiada Penyingkiran Di Minggu Pertama Da’i Pendakwah Nusantara 6

Sekitar Majlis Graduasi Latihan VIOS CHALLENGE Musim Kedua