in

Tiada Penyingkiran Di Minggu Pertama Da’i Pendakwah Nusantara 6

Da’i Pendakwah Nusantara musim baharu telah membuka tirai Jumaat lalu, memperlihatkan 10 peserta pilihan beraksi buat pertama kali di pentas secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Minggu pertama Da’i 6 yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor dan Da’i Izzhar ini telah menyaksikan tiada penyingkiran pada minggu pertama. Tiada penyingkaran bukan tanda selamat, ianya memberi ruang untuk para peserta kembali bangkit dengan lebih baik, memperkukuhkan strategi dan memperbaiki gaya penyampaian mereka untuk menghadapi minggu seterusnya dengan tema yang berlainan yang pastinya lebih mencabar.

DA'I MUSIM KE-6

Tema minggu pertama iaitu Gen-Y, telah memperlihatkan persembahan Da’i Haziq mendapat pujian juri tetap kerana penyampaian santainya sampai ke hati juri dan para penonton. Dengan tajuk Hijrah Backpackers, Da’i Haziq telah berjaya membuka ruang untuk para penonton berfikir tentang kebiasaan yang dilakukan kebanyakkan orang iaitu pergi bercuti atau mengembara ke tempat baharu sepatutnya memberi kesedaran dan penambahbaikkan dalam hidup apabila kita mengeksplorasi keindahan bukan sahaja dengan mata tetapi hati.

DA'I MUSIM KE-6

Peserta lain yang turut tampil cemerlang untuk minggu pertama adalah Da’i Imran, Da’i Raishah, Da’i Adam dan juga Da’i Syahmi. Kesemua peserta Da’i 6 perlu tampil merangkumkan isi dakwah mereka dalam masa tiga minit sahaja. Para penonton juga boleh memilih Da’i Pilihan mereka dengan (#) nama da’i yang menjadi kegemaran mereka di laman twitter.

Persembahan mereka akan diadili sepenuhnya oleh juri tetap iaitu Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail yang merangkumi (80%) iaitu Pengisian Al-Quran & Hadis (30%), Gaya & susunan isi (30%), Kreativiti persembahan (20%) manakala 20% markah lagi adalah daripada Murabbi mereka iaitu Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Ustaz Fakhrul Radhi Khamarudin dibawah seliaan Mursyid iaitu Datuk Ustaz Mohd Zawawi Yusoh.

Berikut adalah topik persembahan peserta minggu pertama mengikut giliran:
PESERTA TOPIK DA’I METER
Da’i Imran Bahana Aplikasi 40%
Da’i Raisyah Acah-Acah Kaya 52%
Da’i Danial Dakwah Media Sosial 20%
Da’i Wafi Aku Nak Kahwin 30%
Da’i Adam Pengasuh 47%
Da’i Syazwani Pre Wedding 24%
Da’i Amirul Santun Dimana? 31%
Da’i Haziq Hijrah “Backpackers” 63%
Da’i Hafiz Islamkah Aku 70%
Da’i Syahmi Jangan Tegur Aku 33%

Undian penonton di rumah sekaligus telah menyaksikan Da’i Hafiz (70%) mendapat undian tertinggi di ikuti Da’i Haziq (63%) dan Da’i Raisyah (52%).

Da’i Musim ke-6 yang bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam dan ditaja oleh penaja utama Almas Beauty & Health ini turut boleh ditonton di seluruh dunia melalui laman youtube @TV3Malaysia dan juga di portal video tonton www.tonton.com.my. #DaiTV3 di laman sosial anda sebagai tanda sokongan dan untuk menyemarakkan lagi Da’i musim ke-6, Penyambung Legasi Dakwah!.

DA'I MUSIM KE-6

DA'I MUSIM KE-6

DA'I MUSIM KE-6

DA'I MUSIM KE-6

DA'I MUSIM KE-6

DA'I MUSIM KE-6

DA'I MUSIM KE-6

DA'I MUSIM KE-6

DA'I MUSIM KE-6

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

14 Peserta Bertanding Merebut Gelaran Asia’s Next Top Model Musim Ke-6

Pandangan Pertama Trailer Filem MUNAFIK 2