in ,

Kakitangan Positif COVID-19, NU Sentral Laksana Proses Disinfeksi

Kita masih belum menang dalam menentang pandemik Covid-19. Semalam, Sunway Pyramid telah mengumumkan satu kes telah dicatatkan melibatkan seorang pekerja di sebuah outlet di mana outlet tersebut diarahkan tutup.

Manakala pengurusan NU Sentral juga mengesahkan seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19 pada Sabtu. Berikutan itu, proses disinfeksi segera dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP). 

nu sentral

Kakitangan positif COVID-19, NU Sentral laksana proses disinfeksi

Pengurusan pusat beli belah NU Sentral di sini, mengesahkan seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19 pada Sabtu.

Berikutan itu, proses disinfeksi segera dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP), kata pengurusan kompleks itu dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Kenyataan itu juga menyebut kes berkenaan dianggap terpencil dan telah dikendalikan mengikut garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kementerian Kesihatan segera menjejaki kontak rapat (kakitangan terbabit) termasuk pegawai pejabat pengurusan NU Sentral dan telah menjalani ujian saringan COVID-19 pada 26 September.

“Ujian pertama menunjukkan kesemua mereka negatif, tetapi mereka telah diarahkan menjalani kuarantin 14 hari,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, pengurusan kompleks berkenaan menasihatkan pelanggan agar terus mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh KKM selain menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal sepanjang masa.

Kakitangan Positif COVID-19, NU Sentral Laksana Proses Disinfeksi
Kakitangan Positif COVID-19, NU Sentral Laksana Proses Disinfeksi
Kakitangan Positif COVID-19, NU Sentral Laksana Proses Disinfeksi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pandai Sorok Perut, Yana Samsudin Hamil 8 Bulan Anak Kedua

Bekas Kekasih PU Riz Dedah Hubungan 5 Tahun Berakhir Kerana Orang Ketiga