in ,

Forum Antara Cantik & Bakat Di Manakah Magis Pengukuh Kredibiliti?

Menerusi forum ini, artis-artis popular dari berbagai generasi akan berkongsi pengalaman mereka yang memulakan kerjaya lakonan sebelum ini atas tiket jelita dan kacak. 

Antara cantik dan bakat di manakah magis pengukuh kredibiliti? adalah topik menarik yang diangkat dalam forum perfileman anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), serta Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sempena menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke 32 (FFM32).

Menerusi forum ini, artis-artis popular dari berbagai generasi akan berkongsi pengalaman mereka yang memulakan kerjaya lakonan sebelum ini atas tiket jelita dan kacak. 

Bagaimanapun, mereka tidak hanya bersandarkan kepada keindahan fizikal semata-mata tetapi sebaliknya membuktikan mereka bena-benar anak seni yang hadir dengan kehebatan bakat sebagai taruhan. 

Bukan saja untuk kekal relevan pada beberapa zaman, keutuhan populariti dan aset diri mereka telah memberi nilai yang tersendiri kepada industri perfileman negara. 

Menurut Presiden WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin, objektif penganjuran forum ini juga untuk memaparkan realiti sebenar dalam dunia yang serba canggih ini, di mana begitu ramai sekali yang ingin memilih bidang lakonan sebagai kerjaya

Justeru, banyak sekali kehadiran bakat baharu menghiasi persada seni tanah air, meskipun sebahagian besar daripada mereka tidak mempunyai persediaan asas untuk menjadi pelakon yang baik. 

“Ramai yang mahu menjadi seorang pelakon yang hebat tetapi tidak ramai tahu teknik lakonan berkesan di skrin layar. 

Ada banyak rahsia penting yang turut diambil kira sewaktu anda melangkah masuk ke dalam bilik uji bakat juga ketika hendak mendalami sesuatu watak,”katanya. 

Tengku Khalidah berkata, forum ini juga berkongsi tip-tip penting oleh ‘pakar’ dalam bidang lakonan yang akan menunjuk cara, strategi, sikap dan pendekatan yang perlu ada dalam diri seseorang yang ingin menjadikan dunia lakonan sebagai kerjaya professional mereka.

“Ia melibatkan penyertaan artis dan selebriti popular yangakan bercakap mengenai topik ini sama ada bakat atau paras rupa yang menjadi taruhan. 

“Ini kerana sudah menjadi trend ketika ini, orang lebih percaya kepada pengaruh media sosial yang mana jika seseorang itu mempunyai pengikut yang tinggi, mereka akan lebih mendapat tempat.

Benarkah begitu? Semua ini akan dikupas oleh artis-artis yang kekal relevan Sepanjang zaman dalam program ini,”jelasnya. 

Forum ini berlangsung meriah hari ini (14 November 2022) di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. 

Menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim selaku ahli panel, acara dihangatkan lagi dengan barisan lima (5) artis dan selebriti tersohor yang pernah merangkul anugerah sebagai ahli panel iaitu Ahli Jawatankuasa, Persatuan Penerbit Filem Malaysia yang juga Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusuf Haslam dan Seniwati Noor Kumalasari

Tidak ketinggalan, penampilan aktres dan aktor meningkat naik dalam industri hiburan ketika ini, Sharifah Rose dan Hariz Hamdan sebagai ahli panel manakala, aktor Fahrin Ahmad pula selaku moderator. 

Acara turut disemarakkan dengan kehadiran Pengerusi FINAS, Senator Datuk Seri Zurainah Musa

Mengulas mengenai objektif forum ini, kata Tengku Khalidah lagi, peserta dari penonton akan dapat pengetahuan mengenai pembentukan karektor yang sesuai untuk diangkat sebagai Pelakon Terbaik dan memahami serta mendalami ciri-ciri penting dalam lakonan untuk diangkat sebagai pemenang Trofi Terbaik dalam festival filem berprestij

Peserta dan penonton akan didedahkan dengan teori dan konsep lakonan yang asas secara langsung dan bagaimana ciri fizikal boleh membantu mengembangkan lagi keupayaan lakonan,”katanya. 

Sementara itu, ditanya mengenai sasaran program ini, kata Tengku Khalidahia dianjurkan secara percuma kepada orang ramai terutamanya pelajar bidang perfileman, teater atau komunikasi

Program seumpama ini akan memberi pendedahan berguna kepada mereka untuk mendapat pengetahuan yang lebih mengenai perjalanan sebenar dunia seni sebagal persediaan sebelum mereka terlibat secara langsung dalam bidang dipilih sebaik tamat pengajian kelak,” katanya. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JEON SOMI

Pakaian Sopan Penyanyi Korea Jeon Somi di Malaysia Terima Pujian Netizen

GLAMPING SELANGOR TRAVEL

Tourism Selangor Anjurkan Selangor International Travel Photography Festival