in , ,

“Ada Je Tak Kena..” Siti Elizad Mula Bertudung, Akui Tidak Sempurna

Penyampai radio dan pelakon, Siti Elizad terkilan dengan sikap segelinir warganet yang mempertikaikan niatnya untuk menutup aurat dengan sempurna.

Sempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini, penampilan pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad menarik perhatian ramai apabila tampil bertudung.

Gambar tersebut dikongsikan oleh Siti Elizad menerusi Insta Story miliknya memaparkan dirinya bertudung sejak empat hari lalu. Bagaimanapun, baru semalam Elizad memuat naik fotonya bertudung di Instagram.

Elizad mengambil pendekatan untuk menutup ruangan komen untuk kesihatan mentalnya rentetan tindakan netizen yang melemparkan kecaman dan kutukan di platform berkenaan.

Meskipun menutup ruangan komen posting foto tersebut, menerusi Insta Story, Elizad berkata dia menerima banyak komen kecaman yang menegur penampilannya yang menampakkan bahagian leher.

“Allahuakbar, elok je ustaz, ustazah tinggalkan komen mendoakan lebih baik dan istiqomah. Yang beberapa netizen ni, ada je tak kena.

– Siti Elizad

“Ya tahu, belum sempurna. Jadi mekasih di atas komen-komen yang serba serbi tak kena. Jangan merasa diri kita lebih baik daripada orang lain,” tulisnya.

“Ada Je Tak Kena..” Siti Elizad Mula Bertudung, Akui Tidak Sempurna

Biarpun tidak sepenuhnya, aura muslimah Elizad tetap terserlah. Elizad pun macam wanita lain yang ada terjentik dalam sanubarinya untuk bertudung dan atau setidak-tidaknya menutup kepala menghormati majlis. 

Cuma untuk permulaan ini, peminat jangan letak jangkaan tinggi-tinggi nak mengajar itu ini.

“Ada Je Tak Kena..” Siti Elizad Mula Bertudung, Akui Tidak Sempurna “Ada Je Tak Kena..” Siti Elizad Mula Bertudung, Akui Tidak Sempurna

Semalam, Betty Rahmad berkongsikan tentang penghijrahannya dan pelakon Izara Aishah dilihat memuat naik fotonya bertudung labuh serta sudah pun memadam fotonya tidak bertudung.

Baguslah begitu! Seorang lagi selebriti yang mengumumkan sudah bertudung ialah pelawak asal Indonesia, Vicha Saywho. Lama kena tahan dalam wad sebab sakit gastrik, Vicha tiba-tiba  buat pengumunan sudah bertudung. Semoga istiqamah sahaja buat semua.

Doa Suami Siti Elizad Untuk Bertudung Termakbul

“Setiap kali saya dan suami solat berjemaah, dia pasti selitkan doa supaya saya menjadi isteri yang sempurna, baik dan menutup aurat. Alhamdulillah selepas enam tahun dia menantikan detik ini, saya kini belajar mengenakan tudung perlahan-lahan,” kata pelakon Siti Elizad yang akhirnya membulatkan hati untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dalam penampilannya.

“Ada Je Tak Kena..” Siti Elizad Mula Bertudung, Akui Tidak Sempurna

Elizad berkata, dia mula mengenakan shawl sempena Awal Muharam lalu selepas membuka satu bungkusan yang dibeli suaminya, Shamsul Baharin Rahman secara dalam talian.

“Saya dah lama pasang niat nak bertudung. Saya percaya semua wanita juga mahu berubah ke arah yang lebih baik cuma nak istiqamah ini yang menjadi ketakutan.

“Namun pada Selasa lalu, ketika saya membuka satu bungkusan tiba-tiba saya menerima beberapa koleksi shawl yang dibeli suami. Ketika menyarungnya, dia beritahu saya kelihatan cantik, tapi dia tidak pernah paksa saya selama ini.

“Alhamdulillah empat hari mengenakan tudung, saya rasa sangat selesa walaupun cara pemakaian tudung saya tidak begitu sempurna. Namun, sekurang-kurangnya saya cuba dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Saya memang dah lama nak pakai tudung tapi tiada kekuatan itu lagi. Lagipun bertudung ini wajib dan saya perlu pujuk dan paksa diri,”

– Siti Elizad

Menurut penyampai radio Sinar FM itu, dia bagaimanapun sedih apabila ada segelintir netizen yang mempertikaikan cara pemakaian tudungnya yang tidak sempurna.

“Sebelum nak kecam, saya ingin bertanya adakah mereka sudah sempurna kerana soal sempurna atau tidak hanya Tuhan saja yang tahu. Siapa kita nak hakimi orang itu sempurna atau tidak.

“Sepatutnya mereka ini mendoakan supaya saya terus istiqamah, tapi saya sedih mereka pilih jalan untuk terus kecam sekali gus akan membuatkan orang lain yang ingin berubah berasa tertekan.

“Ingatkan zaman perli ini sudah lama berlalu, tapi tak sangka masih ada manusia sebegini. Ada saja yang tak kena di mata mereka. Saya sudah tegaskan yang saya masih belajar secara perlahan-lahan. Saya tak suka bergaduh dengan orang, cuma pesan saya jangan melampaui batas sehingga menjatuhkan maruah,

– Siti Elizad

Dalam masa sama, Elizad berkata, penularan Covid-19 juga memberi pelbagai hikmah kepada dirinya dan setiap insan.

“Sejujurnya pandemik ini sesuatu yang luar biasa. Ia juga mendekatkan kita dengan Allah SWT. Tak sangka pada waktu getir ini saya berjaya khatam al-Quran dan berpeluang berjumpa dengan ustaz serta ustazah untuk menimba ilmu.

“Sampai satu tahap saya segan jumpa mereka dalam keadaan saya begini. Saya fikir umur saya pun sudah 37 tahun dan zaman ‘horay-horay’ waktu muda dulu Allah sudah bagi,”

– Siti Elizad

Belajar Berhijab, Siti Elizad Rayu Sokongan Ramai

Selepas memuat naik foto bertudung di Instagram (IG), pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad, 37, dihujani pertanyaan pelbagai pihak.

Siti Elizad atau nama penuh, Siti Elizad Mohamad Sharifuddin mengaku masih dalam proses penghijrahan dan dirinya belum sempurna.

“Saya mula jadi paranoid apabila orang bertanya. Saya hanya meletakkan tudung di kepala… Saya masih berusaha mencari kesempurnaan.

“Apabila orang menyatakan saya sudah bertudung, saya jadi takut,”

– Siti Elizad

Siti Elizad berkata, pada 1 Muharram lalu, dia menerima kotak berisi beberapa helai tudung yang dibeli suami atas talian.

“Sebaik mendapatnya, saya cuba pakai dan suami beritahu cantik, dia suka tengok saya begitu.

“Lalu, apabila saya keluar bekerja pada hari itu, saya pakai tudung. Keesokannya, saya pakai lagi sebab ada beberapa helai tudung. 

“Disebabkan selesa, saya terus pakai untuk bekerja hingga semalam,”

– Siti Elizad

Siti Elizad menjelaskan, sudah lama dia menyimpan niat berhijab, namun, risau tidak mampu kekal istiqamah.

“Biasalah, semua wanita Islam mahu bertudung. Perkara sama berlaku pada saya. Jadi, apa yang boleh saya katakan, saya perlahan-lahan berhijab secara sempurna.

“Saya tahu ada yang mempersoalkan cara saya bertudung apakah menutup aurat atau tidak. Saya jelaskan, saya tidak mendakwa diri sempurna, saya masih dalam proses (penghijrahan).

“Orang yang mendakwa saya menutup aurat tetapi tidak sempurna, mereka pula bagaimana? Sempurnakah mereka?

“Bagi saya, yang mengadili sempurna atau tidak, bukan kita. Jadi, janganlah bertanya seolah-olah diri sempurna,”

– Siti Elizad

Siti Elizad berharap netizen tidak menghakimi, sebaliknya, menyokong dan memberikan nasihat kepadanya untuk berubah menjadi muslimah yang lebih baik. 

“Saya berpegang kepada ustaz dan ustazah yang mengatakan Allah tidak tengok permulaan, sebaliknya, pengakhiran seseorang.

“Jadi, janganlah anda menghakimi seseorang apabila dia cuba berubah menjadi insan yang lebih baik. 

“Saya fikir manusia yang rugi dalam dunia adalah manusia yang menganggap mereka lebih baik daripada orang lain. Bagi saya, ini adalah suatu proses buat saya,”

– Siti Elizad

Siti Elizad mengaku setiap menunaikan solat jemaah dengan suami, dia menyelitkan doa agar dirinya menjadi isteri solehah, menutup aurat dan sebagainya. 

“Baru-baru ini, saya terfikir, Allah perkenankan doa suami,”

– Siti Elizad

Penyampai stesen radio Sinar FM ini turut meluahkan rasa sedih apabila segelintir netizen mendakwa dia berubah kerana suami, bukan Allah. 

Selain itu, ada yang mengaitkan penghijrahannya dengan pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Isnin lalu.

Sehubungan itu, Siti Elizad menutup ruangan komen di Instagram (IG) bagi mengelak perbalahan mengenai caranya memakai hijab.

“Saya berubah kerana Allah, bukan kerana arwah Siti Sarah atau suami. Ada individu menghantar artikel bertajuk ‘berubah kerana Allah bukan kerana orang’. 

“Saya terkedu menerimanya. Salahkah suami menjadi asbab untuk saya bertudung?” katanya.

– Siti Elizad

Mengenang Allahyarham Siti Sarah, Siti Elizad berkata, setiap kali melancarkan tudung baharu, arwah pasti memberinya sebagai hadiah.

“Arwah salah seorang teman baik. Saya sedih dan terkilan arwah tidak sempat melihat saya berhijab. Sebelum meninggal dunia, arwah ada beri tudung tetapi sempat untuk dipakai.

“Janganlah cakap apabila arwah sudah pergi, baru saya hendak bertudung. Takkanlah saya mahu tunjuk setiap kali saya mengaji dan sebagainya. Bukankah itu semua antara saya dan Allah?”

– Siti Elizad

*Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cik B Kini Mahu Kurus, Hanya Makan Ayam Panggang & Timun, Netizen Beri Sokongan

Padam Foto Lama Tak Bertudung, Imej Izara Aishah Berhijab Labuh Menarik Perhatian Netizen