in , ,

Khairy Jamaludin Dilantik Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

Dalam perutusan khas beliau hari ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yasin mengumumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Jemaah Menteri telah bersetuju melantik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Khairy akan mengetuai satu Pasukan Petugas Khas yang menguruskan pelaksanaan program itu khususnya isu-isu berkaitan logistik dan penyelarasan dengan negeri-negeri dan agensi-agensi kerajaan.

Jelas beliau, ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan terus menumpukan kepada fungsi-fungsi perkhidmatan kesihatan dalam menangani penularan wabak Covid-19 yang masih menunjukkan trend membimbangkan.

“Vaksin Covid-19 adalah antara sinar harapan kita yang paling utama untuk kita menang dalam perang melawan Covid-19. Kerajaan telah berjaya menempah vaksin Covid-19 dengan penghantaran pertama bekalan vaksin ini dijadualkan tiba di negara kita pada bulan ini.

“Penghantaran pertama vaksin ini melibatkan vaksin keluaran syarikat Pfizer dan BioNTech yang telah menunjukkan kadar keberkesanaan yang tinggi iaitu pada tahap 95 peratus.

“Suka saya memaklumkan bahawa kerajaan akan memulakan roll-out pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini.

“Kita menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin ini yang akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia,”

– Tan Sri Muhyiddin Yassin

Beliau berkata demikian dalam perutusan khas mengenai penjelasan terkini mengenai pelaksanaa Proklamasi Darurat dan Pemasyhuran Ordinan Daruart dalam menguruskan pandemik Covid-19 yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen dan media sosial di sini hari ini.

Tambah Perdana Menteri lagi, tugas diberikan kepada Khairy bagi memastikan Kementerian Kesihatan dapat menumpukan kesemua perhatian kepada fungsi-fungsi perkhidmatan kesihatan dalam menangani penularan wabak COVID-19 yang kini di berada gelombang ketiga. Pasca pengenalan PKP 2.0, jumlah kes jangkitan baharu harian masih lagi melangkaui empat angka.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, PICK akan dimulakan pada penghujung bulan ini dan akan dipecahkan dalam tiga fasa, di mana fasa pertama, yang akan bermula pada hujung bulan ini hingga bulan April 2021, akan memperlihatkan 500,000 petugas barisan hadapan menerima vaksin ini terlebih dahulu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Intan Ladyana | 18

Kunjungan Silaturahim Seri Lady & Duta Intan Ladyana Menyantuni Ibu Tunggal

Bunga Hiasan | 19

‘Overdose’ Minum Air Putih 8 Liter Sehari, Wanita Bengkak Otak Masuk Redzone