in , ,

Oura Asia Perkenal Pelitup Muka Kanak-Kanak Yang Disematkan Dengan Bahan Antimikrob

Oura Asia Memperkenalkan Pelitup Muka Kanak-Kanak Yang Pertama Dan Satu-Satunya Di Malaysia Yang Disematkan Dengan Bahan Antimikrob Secara Kekal. Jenama dari Amerika Syarikat itu Melancarkan Active Mask Jr. dan Air Mask Jr. 2.0 Yang Menggabungkan Keupayaan Membunuh Kuman Dan Kebolehnafasan Yang Tiada Tandingannya.

Syarikat sosial teknologi, OURA, memperkenalkan dua pelitup muka terbaharu dalam rangkaian pelitup muka antimikrob, sanitasi kendiri keluaran mereka iaitu Active Mask Jr. dan Air Mask Jr. 2.0. Bagi memenuhi kelompangan dalam pasaran Asia Tenggara, pelitup muka kanak-kanak OURA Asia menawarkan teknologi sanitasi kendiri yang revolusioner, kebolehnafasan yang unggul serta keselesaan kepada kanak-kanak, dan pada masa sama berupaya menapis 90% partikel bakteria dan virus.

Oura Asia

Perlindungan

Setiap pelitup muka OURA Jr. diperbuat daripada tiga lapisan fabrik gred perubatan yang ditenun rapi dan disematkan dengan partikel oksida perak dan titanium dioksida secara kekal agar menapis dan membunuh kuman dan patogen. Digabungkan pada tahap molekul, bahan-bahan tersebut mengekalkan ciri sanitasi kendiri mereka walaupun selepas dicuci ratusan kali, tidak sama dengan lapisan pelindung pada pelitup muka jenama lain yang akan hilang selepas hanya beberapa cucian. Selain daripada itu, pelitup muka OURA Jr. telah direka bentuk bagi menghapuskan molekul dan bakteria yang menjadi punca bau busuk, memastikan kanak-kanak boleh menikmati pengalaman yang selamat, tanpa tekanan ketika mereka bergerak aktif. 

Oura Asia

Kebolehnafasan & Keselesaan 

Menggunakan fabrik ultra-ringan dan berupaya menyerap lembapan yang 30% lebih ringan berbanding fabrik biasa, kedua-dua pelitup muka itu mengurangkan lembap dan haba secara aktif, memberikan keselesaan yang tiada tandingannya kepada anak-anak anda. Fabrik berteknologi tinggi ini memastikan anak-anak anda boleh bernafas dengan mudah berbanding sebelumnya. Menepati garis panduan yang ditetapkan oleh Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, pelitup muka OURA menutup rapi bahagian tepi muka dan mempunyai klip hidung boleh laras yang menghalang udara keluar daripada bahagian atas pelitup muka itu.

Persatuan Pediatrik Amerika Syarikat melaporkan bahawa kes COVID-19 di kalangan kanak-kanak terus meningkat sejak Ogos 2020 hingga Julai 2021. Kini, lebih penting berbanding sebelumnya, untuk memastikan bahawa anda memilih pelitup muka yang tepat untuk anak-anak anda. 

OURA Active Mask Jr. Dan Air Mask Jr. 2.0 boleh dibeli di laman sesawang ouragami.com.my serta di Shopee dan Lazada dengan harga:

OURA Active Mask Jr. – RM150

OURA Air Mask Jr. 2.0 – RM135

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila ikuti OURA di  Facebook, Instagram atau layari laman sesawang.

Oura Asia

MENGENAI OURA

Berpangkalan di Los Angeles, California dan diasaskan pada 2017, OURA adalah sebuah perusahaan sosial yang dipacu oleh misi yang berusaha untuk menggabungkan penyelesaian berteknologi tinggi ke dalam produk kegunaan harian seperti pelitup muka antimikrob, apron, produk pencuci muka, pakaian dan banyak lagi. OURA menggabungkan teknologi dan reka bentuk bagi memberikan pengguna pakaian dan kelengkapan rumah antimikrob yang disokong dan disahkan secara saintifik. Sebagai peneraju dalam penghasilan produk gaya hidup yang bersih, OURA komited untuk menawarkan kepada para pengguna produk yang telah diuji selamat dan berkesan di makmal. Selain itu, bagi setiap 1,000 produk yang berjaya dijual, OURA akan bekerjasama dengan Make-a-Wish bagi menunaikan hasrat pesakit kanser kanak-kanak.

Menerusi tumpuan terhadap penyelesaian produk inovatif berprestasi tinggi, serta komitmen terhadap usaha mewujudkan perubahan, membina komuniti dan pembuatan yang jujur, OURA berharap untuk memperkasakan masyarakat agar hidup dengan lebih sihat. Ketahui lebih lanjut dengan mengunjungi: https://ouragami.com.my/ 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

A. Nayaka | 23

A. Nayaka Bergabung dengan SonaOne & YHB Sleepsalot dalam Single ORANG LAIN

Clara Benin | 24

Penyanyi Filipina Clara Benin Lancar Lagu Terbaru Berjudul SUARA HATI