in , ,

Oura Perkenal Pelitup Muka Berteknologi Tinggi Active & Air Mask di Asia

Sangat mudah untuk bernafas, pelitup muka keluaran Oura menampilkan teknologi antimikrob yang tidak menjejaskan keselesaan atau keselamatan

Jenama kesihatan berteknologi tinggi, OURA, yang secara rasminya telah memasuki pasaran Asia Tenggara, memperkenalkan rangkaian pelitup muka boleh guna semula, sanitasi sendiri yang pertama di Malaysia dan Singapura! OURA Active Mask menawarkan keselamatan dan perlindungan yang tiada tandingannya kepada para pengguna, ia sangat sesuai dipakai ketika bersenam manakala OURA Air Mask 2.0 memberikan kebolehnafasan ultra untuk kegunaan setiap hari.

Sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif, OURA Active Mask direka bentuk bagi memberikan keselesaan, perlindungan maksimum dan kebolehnafasan ekstrem kepada si pemakai semasa melakukan aktiviti berintensiti tinggi. Pelitup muka sanitasi sendiri dan berupaya menghilangkan bau ini menggabungkan teknologi termaju dan hasil pembuatan yang rapi, ia diperbuat daripada fabrik ultra ringan yang mampu menarik peluh serta lembapan daripada muka. Para pengguna boleh bersenam dengan selesa menggunakan peresap udara Active Mask yang menghalang udara daripada bertiup ke arah mata semasa menghembus nafas.

Oura Cofounders Shaun and Keane Veran

Sama seperti Active Mask, OURA Air Mask 2.0 turut direka bentuk bagi memberikan perlindungan yang lebih tinggi berbanding pelitup muka biasa. Air Mask 2.0 diperbuat daripada fabrik sangat ringan yang berupaya menapis zarah, membunuh kuman dan 30 peratus lebih ringan berbanding tekstil standard, ia memastikan keselesaan dan kebolehnafasan ultra sepanjang hari.

Pelitup muka OURA diperbuat daripada tiga lapisan fabrik gred perubatan yang ditenun kemas dan digabungkan secara kekal dengan bahan antimikrob silver oxide dan titanium dioxide. Kebanyakan pelitup muka menggunakan lapisan antimikrob yang akan luntur selepas beberapa kali digunakan. OURA tidak menggunakan lapisan tersebut, sebaliknya ia menggabungkan bahan-bahan antimikrob secara terus ke dalam setiap serat fabrik bagi membolehkan ia membunuh patogen, menyahaktifkan zarah virus, menghapuskan bau dan paling penting mensterilkan pelitup muka walaupun selepas dibasuh berulang kali.

Kedua-dua Active Mask dan Air Mask 2.0 didatangkan dengan penapis N95 yang diluluskan oleh NIOSH dan boleh diganti bagi memberikan perlindungan yang lebih kuat menghalang patogen. Pelitup muka tersebut telah diuji oleh makmal-makmal bebas dan disahkan mampu menapis ≥ 99.9 peratus bakteria, virus dan zarah bersaiz 0.1 µm.  Pelitup muka ini turut diperbuat menggunakan fabrik hipoalergenik yang mengekang potensi berlakunya masalah jerawat akibat pemakaian pelitup muka atau “maskne”.

Oura Air 2.0 Mask (4)

Selain daripada memastikan keselamatan pengguna, setiap pembelian pelitup muka OURA turut membantu mengubah hidup anak-anak kecil yang kurang bernasib baik. Sebagai seorang bekas penghidap kanser, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif OURA, Keane Veran telah menjadikan misinya untuk membantu dan menyokong kanak-kanak melawan kanser dengan memenuhi hajat mereka menerusi program Make-A-Wish. 

“Pada 2011, sedang saya menerima rawatan kanser, hajat saya untuk bertemu Presiden Obama telah dimakbulkan. Pengalaman itu telah mengubah hidup saya dan saya mahu kanak-kanak lain turut sama mengalami kehebatan program Make-A-Wish seperti saya. Kami berasa sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan Make-A-Wish Foundation bagi mewujudkan lebih banyak lagi pengalaman yang mampu mengubah kehidupan kanak-kanak di rantau ini,” jelas beliau.

IMG_3738

Boleh didapati dalam pelbagai saiz berbeza untuk semua jenis bentuk muka, Active Mask dan Air Mask didatangkan dengan klip hidung boleh laras bagi memastikan kemasan yang sesuai mengikut individu serta kantung kembara, bagi memudahkan ia dibawa ke mana-mana dan mudah disimpan. Active Mask turut didatangkan dengan OURA Active Tape, pek berisi 30 keping pelekat dua belah gred perubatan, untuk memastikan pelitup muka tersebut boleh dipakai dengan kemas bagi meningkatkan kadar penapisan. 

ProdukHarga 
OURA Active Mask*RM230 dengan Penapis N95 
OURA Air Mask*RM195 dengan Penapis N95 

*Harap maklum bahawa pelitup muka tersebut didatangkan dengan 15% diskaun pengenalan.

OURA Asia telah dilancarkan secara maya baru-baru ini melalui sesi Zoom Breakout yang dihoskan oleh pengasas OURA, Shaun dan Keane Veran. Semasa sesi tersebut, Keane telah berkongsi pengalamannya melawan kanser dan bagaimana ia membawa kepada pewujudan OURA dan produk-produk sanitasi sendiri serta antimikrob keluaran jenama itu. 

Majlis pelancaran secara maya itu turut disertai oleh duta-duta pelancaran rasmi OURA iaitu, Anabelle Co-Martinent, Pengasas & Pengarah Urusan La Juiceria dengan perkongsian ringkas bertajuk ‘Ketahui bagaimana diet sihat boleh memastikan anda dilindungi daripada jangkitan’; Jurulatih Kesihatan, Sandra Woo yang membimbing sesi meditasi; Penyokong Psoriasis, Rocyie Wong yang menjalankan perkongsian mengenai “maskne” dan kepentingan rutin penjagaan kulit yang baik; dan Dr. Justin Chan yang berkongsi perspektif perubatan beliau mengenai bagaimana untuk memilih pelitup muka yang baik untuk seisi keluarga.

OURA Asia disokong oleh rakan pelancaran rasmi La Juiceria Superfoods.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi OURA di FacebookInstagram atau laman sesawang.

DSC_1348

MENGENAI OURA

“Apabila saya didiagnosis dengan leukemia ketika berusia 10 tahun, saya tidak dapat hidup bebas dan gembira kerana sakit. Pada 2011, saya mendapat peluang sekali dalam seumur hidup berjumpa dengan Presiden Obama menerusi program Make-A-Wish, yang memberi inspirasi kepada saya untuk mewujudkan OURA. Bersama-sama dengan abang saya Shaun, kami mahu membantu pesakit-pesakit lain mencari sinar harapan dan memperkasakan perjalanan pemulihan mereka. Kami mahu menunaikan hajat-hajat para pesakit di luar sana menerusi yayasan ini, sama seperti yang pernah saya alami. Inilah makna OURA dan apa yang kami perjuangkan,” Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif OURA, Keane Veran. 

Berpangkalan di Los Angeles, California dan diasaskan pada 2017, OURA adalah sebuah perusahaan sosial yang dipacu oleh misi yang berusaha untuk menggabungkan penyelesaian berteknologi tinggi ke dalam produk kegunaan harian seperti pelitup muka antimikrob, apron, produk pencuci muka, pakaian dan banyak lagi. OURA menggabungkan teknologi dan reka bentuk bagi memberikan pengguna pakaian dan kelengkapan rumah antimikrob yang disokong dan disahkan secara saintifik. Sebagai peneraju dalam penghasilan produk gaya hidup yang bersih, OURA komited untuk menawarkan kepada para pengguna produk yang telah diuji selamat dan berkesan di makmal.

Menerusi tumpuan terhadap penyelesaian produk inovatif berprestasi tinggi, serta komitmen terhadap usaha mewujudkan perubahan, membina komuniti dan pembuatan yang jujur, OURA berharap untuk memperkasakan masyarakat agar hidup dengan lebih sihat. Ketahui lebih lanjut dengan mengunjungi: https://ouragami.com.my/

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Janna Nick Dapat Rawatan dari Pakar Psikiatri Untuk Ubati Gangguan Bipolar

Video Tular Lan Pet Pet Bergaduh Lagi, Kali Ini dengan Penghantar Makanan