in

Orang Bunian di Rumah Mawi

[dropcap]M[/dropcap]awi tidak berpindah daripada rumahnya di Bangi Golf Resort walaupun seorang lelaki mendakwa ternampak sepasang orang bunian tinggal di rumahnya.

Sejak kejadian yang berlaku April lalu tiada sebarang kejadian pelik terjadi di rumahnya dan berserah kepada Allah terhadap sebarang kemungkinan.

“Itu dakwaan lelaki tersebut yang kita tidak tahu sama ada benar atau pun tidak. Saya bagaimanapun tidak berhasrat untuk berpindah kerana perkara itu. Alhamdulillah setakat ini keadaan rumah berada dalam keadaan baik dan tidak pernah berlaku sebarang kejadian aneh.”

Pada kejadian, seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai buruh berusia 40-an bertindak memecahkan tingkap dapur rumah juara program Akademi Fantasia itu dan mendakwa melihat kelibat sepasang orang bunian berlegar-legar dalam rumah penyanyi itu.

Dalam pada itu, Mawi berkata, kes berkenaan telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk disiasat dan berharap kejadian serupa tidak berulang lagi.

“Ini adalah kali kedua rumah saya dimasuk orang dan walaupun dia mendakwa ternampak bunian dalam rumah, saya tetap serahkan dia kepada pihak polis kerana menceroboh kediaman saya.”

Terbaru, Mawi teruja dapat bertindak sebagai juri dalam program Ceria Popstar bersama penyanyi Nurul Wahab dan akan sedaya upaya membimbing para peserta program itu.

Ceria Popstar bakal bersiaran setiap hari Ahad bermula 5 Mei ini pada pukul 11.30 pagi di saluran Astro Ceria. – Sumber: Mstar Online

Mawi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Big Win for Samsung at the Putra Brand Awards

Jehan Miskin Bakal Bernikah Dengan Gadis Korea