in , , ,

Tiket Konsert Dayang Nurfaizah di Istana Budaya Sold Out Kurang 24 jam

Penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah, terharu apabila tiket Konsert Dayang Dua Dekad yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 21 Julai depan, habis terjual dalam tempoh tidak sampai 24 jam ia dilancarkan.

Dayang Nurfaizah

Menjadi impian ramai penyanyi terkenal tanah air untuk beraksi di Istana Budaya. Ia bukan saja satu pengiktirafan bahkan pencapaian membanggakan andai jadi kenyataan memandangkan hanya yang terbaik dapat beraksi di pentas berprestij itu.

Musim indah 2019 melakar satu lagi memori indah dalam kembara seni penyanyi bersuara emas, Dayang Nurfaizah apabila berpeluang mengadakan konsert solo buat julung kalinya di premis terkenal itu.

Terkejut dengan sambutan hangat diberikan, Dayang berkata, perkhabaran gembira berkenaan tentu sahaja menjadi pembakar semangat untuk dia menghadiahkan persembahan terbaik pada konsert solonya.

Dayang Nurfaizah

Tiket Laris Macam Goreng Pisang Panas Bukti Dayang Nurfaizah Disayangi Peminat

“Dayang sangat terkejut dan terharu dengan sambutan yang diberikan oleh peminat. Tak sangka tiket konsert solo Dayang akan laris secepat ini walaupun jualannya dilancarkan pada pertengahan bulan. Selalunya, orang ramai akan membeli tiket konsert pada saat akhir.

“Apapun, sokongan diberikan itu boleh dianggap sebagai isyarat awal peminat yang sememangnya menantikan persembahan terbaik daripada Dayang,”

– Dayang Nurfaizah

Penyanyi Separuh Matiku Bercinta itu juga memohon maaf kepada peminat yang tidak sempat untuk mendapatkan tiket memandangkan tempat duduk di Panggung Sari adalah terhad.

“Dayang tahu, ramai peminat yang kecewa kerana tidak sempat nak beli tiket. Nak buat macam mana, tempatnya memang terhad. Doakan semoga Dayang diberikan peluang untuk mengadakan konsert lain selepas ini,”

– Dayang Nurfaizah

Konsert satu malam anjuran Shiraz Projects itu menawarkan sebanyak 1,400 tiket bermula pada harga RM125 hingga RM695 yang dijual menerusi myticket.asia, bermula jam 2 petang semalam.

Bakal berlangsung sehari selepas ulang tahun kelahirannya, konsert berskala mega berkenaan disifatkan penyanyi bersuara emas itu sebagai hadiah hari jadi paling bermakna buat dirinya.

Sumber: Berita Harian
Dayang Nurfaizah

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ain Edruce

Saluran DIVA Umum Bakal Siar STYLE ME NOW

Ong Seong Wu

Ong Seong Wu First Fan Meeting in Malaysia