in , ,

Dengan Sekali Lafaz, Bella Dally Selamat Bernikah dengan Arif

Tahniah buat selebriti jelita Bella Dally yang selamat diijabkabulkan dengan tunangnya, Arif. Semoga kekal bahagia selamanya. Sama-sama doakan yang terbaik untuk pasangan ini. Dari gambar di bawah ini, jelas nampak Bella bahagia dan ceria.

Pelakon Bella Dally selamat bernikah dan kahwin dengan lelaki pilihannya yang juga ahli perniagaan, Arif Izuddin Mohd Radzali, 34, dengan sekali lafaz, yang diadakan di Marina Putrajaya, jam 9.55 pagi tadi.

Bella, 28, atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally dinikahkan jurunikah Wan Mohd Adlan Wan Salleh, Pendaftar Pernikahan, Ceraian dan Rujuk, Wilayah Persekutuan.

Bella Dally Nikah

Pada majlis itu, Bella menerima mas kahwin RM1,000 berserta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sementara pihak perempuan menyerahkan sembilan dulang. Wang hantaran pula dirahsiakan.

“Alhamdulillah, majlis dirancang berjalan lancar. Maka, bermula sudah fasa baharu dalam hidup. Walaupun ada yang cakap terlalu awal untuk kembali berumah tangga, bagi saya, inilah yang dikatakan jodoh.

“Seperti perkahwinan pertama dulu, saya tetap teruja dan tidak gementar. Malah, untuk majlis kali ini saya sudah tahu nak buat apa.

“Suami juga sangat teruja kerana ini yang pertama untuknya. Ramai rakannya ingin terbabit dalam majlis kami,”

– Bella Dally
Bella Dally Nikah
Dengan Sekali Lafaz, Bella Dally Selamat Bernikah dengan Arif

Majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu dimulakan dengan persembahan marhaban daripada kumpulan Nurul Iman, Klang.

Tutur hadir pada majlis itu adalah pelakon Elfira Loy dan Mira Filzah yang juga pembawa dulang hantaran bagi pihak perempuan.

Dengan Sekali Lafaz, Bella Dally Selamat Bernikah dengan Arif

Terdahulu, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 12 Januari lalu di Kota Kinabalu, Sabah.

Sebelumnya, Bella yang juga pelakon drama Makmum Yang Paling Aku Cinta pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada September 2016.

Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada 2 Mei 2018. Menerusi perkahwinan itu mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Harian Metro, IG: @orangputihkita @elfiraloy 
Bella Dally Nikah
Dengan Sekali Lafaz, Bella Dally Selamat Bernikah dengan Arif
Bella Dally Nikah
Bella Dally Nikah
Bella Dally Nikah
Bella Dally Nikah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TAHNIAH! Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30

Jom Sertai Pertandingan DR. IRMA TANYA BOLEH NYANYI KE? Musim Ke-3