in , ,

Ombak Rindu The Series Masih Kekal No.1 di Hati Penonton iflix

Jom Layan Macam-Macam Citer Best Kat Iflix! Drama, Filem Dan Rancangan Realiti Berkonsepkan Cosplay Eksklusif Hanya Di Iflix Secara Percuma

Ombak Rindu The Series merupakan drama iflix yang sedang hangat diperkatakan! Drama siri ini menampilkan pelakon seperti Remy Ishak,Izara Aishah,Diana Danielle,Hanna Aqeela, Fahrin Ahmad dan Uqasha Senrose. Dari penerbit filem Sangkar,Ombak Rindu The Series menceritakan kisah cinta agung, Hariz (Remy Ishak) dan Izzah (Izara Aishah) yang sehingga kini amat sempurna. Tetapi kebahagiaan mereka diancam dengan kembalinya sebuah rahsia silam. 

Trailer Ombak Rindu The Series:

Tonton OMBAK RINDU THE SERIES:  https://www.iflix.com/title/movie/259035  

Leklu_Fb_01

Ada apa jer ada kat channel Leklu tu? Ada macam-macam filem best tau!  

Saluran Leklu merupakan sebuah platform yang sesuai buat seluruh isi keluarga di mana seleksi kandungan yang ditawarkan meliputi kandungan filem-filem terbitan Metrowealth International Group (MIG) merangkumi genre komedi, aksi, romantik dan seram. Peminat boleh saksikan semua filem ini secara PERCUMA!

Leklu_Fb_02

Khas buat Peminat Komik, Anime & Gamers! iflix tayang rancangan realiti bersiri No.1 di Asia Berkonsepkan Cosplay. 

Cosplay Heroes adalah sebuah program berbentuk pertandingan Cosplay pertama di Asia yang menampilkan pelakon dan model terkenal Zahirah MacWilson sebagai pengacara rancangan tersebut. Menawarkan wang tunai RM10,000 sebagai hadiah utama, peserta-peserta Cosplay Malaysia dikehendaki melaksanakan beberapa tugas-tugas untuk menghasilkan pakaian yang agak rumit dan mengikut watak yang telah dipilih. Pada setiap episod, para peserta akan berhadapan dengan panel hakim untuk penilaian pemarkahan ataupun penalti yang dikenakan. 

Bagi menentukan nasib para peserta Cosplay, Yugana dan Abudora yang juga merupakan penggiat cosplay professional di Malaysia diberi kepercayan untuk menggalas tugas sebagai pengadil.

Yugana akan lebih menumpukan kepakarannya terhadap kreativiti dan keperibadian, manakala, Abudora (seorang lulusan seni bina) akan menilai setiap pakaian dari perspektif teknikal dan praktikal.

Leklu_Fb_03

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shaheizy Sam | 17

Sinopsis Filem ZOMBITOPIA Lakonan Shaheizy Sam & Bront Palarae

Syafie Naswip | 18

Drama Okey, Adaptasi Novel AKU, DIA & PINKY PROMISE Imbas Kenangan Cinta Zaman Sekolah