in ,

Nabila Razali Rugi RM2,000 Selepas Cawangan Kedai Ayam Goreng Dipecah Masuk

Mungkin kerana terdesak, khabarnya gerai ayam goreng milik penyanyi dan pelakon Nabila Razali telah diceroboh oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Perniagaan ayam goreng yang diusahakan Nabila Razali  menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang dengan jalan mudah. 

Menurut Nabila, salah satu cawangan Ayo Fried Chicken yang terletak di Kampung Baru dipecah masuk hingga menyebabkan dia kerugian keseluruhan sekitar RM2,000 termasuk wang tunai RM200. Perkara itu dikongsikan Nabila menerusi video yang memaparkan keadaan kedainya selepas dipecah masuk. 

Nabila Razali Rugi RM2,000 Selepas Cawangan Kedai Ayam Goreng Dipecah Masuk

“Saya agak terkejut dan sedih apabila dapat tahu Ayo Fried Chicken cawangan Kampung Baru dipecah masuk.

Saya faham keadaan sekarang ini semua orang mungkin terdesak mahu cari duit. Tapi saya kesian apabila mereka gunakan pendekatan untuk memecah masuk berbanding minta kerja secara halal. 

“Mungkin kalau mereka minta kerja, saya boleh pertimbangkan untuk serap masuk sebagai pekerja,” 

– Nabila Razali

Menjelaskan perkara itu, Nabila akui dia agak terkilan dengan tindakan pelaku kerana menggunakan cara yang salah untuk mendapatkan wang.

“Saya berniaga bukan untuk diri sendiri, tapi niat saya untuk berkongsi rezeki dengan pekerja.

Apabila situasi ini berlaku, secara tidak langsung ia mengganggu rezeki dan kredibiliti pekerja-pekerja saya. Jadi saya harap benda ini tidak berlaku lagi,”

– Nabila Razali

Berikutan itu, Nabila berkata bahawa kejadian itu sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan pekerjanya yang mahu mencari rezeki yang halal. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Omar & Hana Tarik Perhatian Pemain Bola Sepak Paul Pogba, Kini Jadi Animasi Pilihan Keluarga

“Doakan Abil Juga Tau” – Nabila Huda Teringin Menimang Cahaya Mata Kedua