in , ,

Amir Hasan Kecewa Dituduh Songlap Duit Andi Bernadee

Penyanyi Amir Hasan terkejut namanya tiba-tiba dipetik netizen dan menjadi heboh diperkatakan di media sosial. Amir dituduh sebagai kawan baik yang songlap duit penyanyi Andi Bernadee RM70,000. Dan ini penafian beliau tentang isu ini.

Tidak semena-mena nama penyanyi Amir Hasan menjadi bahan bualan netizen apabila didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab menipu wang penyanyi Andi Bernadee berjumlah RM70,000.

Sangat terkejut dengan pertuduhan berat seperti itu, Amir atau nama sebenarnya Amir Abu Hassan tampil mempertahankan diri.

Amir menyedari namanya mula ‘dipetik’ netizen setelah membuka Instagram di mana dia menerima banyak mesej dan komen daripada netizen berkaitan dengan kes itu.

Amir Hasan

Amir mengakui media sosialnya dibanjiri komen yang rata-rata mengaitkan namanya dengan kes itu sejak semalam.

“Semalam, saya terkejut apabila dapat banyak komen di Instagram. Apabila buka dan baca, semua cakap mengenai tuduhan tidak berasas itu.

“Setahu saya, individu yang menipu Andi itu adalah orang yang menguruskan kerjayanya. Sejak bila pula saya mengurus kerjaya Andi? Tak masuk akal!”

– Amir Hasan

Tambahnya lagi, dia menerima banyak komen cacian dan makian daripada warga net malah ada yang bertindak keterlaluan dengan menghina arwah bapanya.

“Mungkin netizen syak saya sebab hint yang Andi berikan. Kebetulan memang jangka masa saya kena Andi sudah dua hingga tiga tahum. Memang saya kawan baik Andi tapi saya bukan individu yang didakwa.

Paling sedih apabila ada netizen yang mengaitkan nama arwah bapa saya. Dia komen kata bapa saya beri duit ke sampai nak curi duit orang,”

“Tapi individu tersebut telah memadam komen itu. Malam tadi pun saya ada hubungi Andi untuk beritahu benda ini,”

Amir Hasan
Kawan Baik Songlap Duit Rm70,000, Andi Bernadee Buat Laporan Polis

Penyanyi lagu Bicaramu ini juga memaklumkan bahawa dia sudah menyerahkan semua kepada pihak polis dan peguam untuk tindakan seterusnya.

Terdahulu, penyanyi Andi Bernadee mendakwa dia telah ditipu oleh rakan baik yang juga merangkap pembantu peribadinya sehingga menyebabkan dia kerugian puluhan ribu ringgit.

Andi juga telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan tindakan undang-undang sewajarnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amir Masdi | 21

Amir Masdi Lancar Single Terbaharu ESOK, Semoga Dapat Menyuntik Semangat Anda!

Oktovia Manrose | 22

Oktovia Manrose Kini Berhijab, Semoga Terus Istiqamah