in , ,

iQiyi Menawarkan Langganan Percuma untuk Rakyat Malaysia Sempena Kemerdekaan

iQiyi Meraikan Hari Kemerdekaan dengan Kempen #HiburanMenyatukanKita yang Menawarkan Langganan Percuma untuk Semua Rakyat Malaysia. Platform penstriman Asia menampilkan pelbagai program hiburan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia

Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang, platform penstriman utama Asia, iQiyi, turut sama meraikannya dengan menonjolkan kandungan Asia terbaik dan menawaran pelbagai hadiah menarik sebagai ganjaran kepada penonton Malaysia! Kempen #HiburanMenyatukanKita bertujuan untuk menunjukkan daya kekuatan hiburan dalam menyatupadukan orang ramai, tanpa mengira usia, latar belakang, lokasi mahupun bahasa. 

Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, iQiyi menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencuba keahlian VIP secara percuma dan menikmati tayangan dan filem kegemaran mereka. Di samping menikmati program-program dalam resolusi video1080P dan kesan bunyi Dolby Atmos, para pelanggan VIP juga dapat menikmati akses lebih awal untuk rancangan yang akan datang dan juga melangkau iklan untuk pengalaman menonton berkualiti tinggi yang bebas gangguan.

Dalam tempoh kempen dari 30 Ogos sehingga 12 September, rakyat Malaysia boleh mendaftar bagi mendapatkan akses keahlian VIP satu minggu. iQiyi juga menawarkan diskaun 50% untuk pelan keahlian tiga bulan dan tahunan. Tempoh tawaran terhad ini adalah dari 6 hingga 12 September dengan harga RM12.90 untuk pelan tiga bulan dan RM44.90 untuk setahun.

Tawaran istimewa iQiyi yang diberikan ini adalah sebagai penghargaan terhadap sokongan yang diterima daripada rakyat Malaysia, yang telah menjadikan iQiyi sebagai platform khidmat penstriman yang mencatat jumlah muat turun tertinggi dalam negara pada tahun ini (setakat bulan Ogos 2021). Pada bulan Julai, iQiyi juga disenaraikan sebagai perkhidmatan penstriman Asia nombor satu dari segi pengguna aktif bulanan, pengguna aktif harian dan keseluruhan masa yang diluangkan di platform, menurut data awam yang diperolehi daripada AppAnnie. 

Sebagai sebahagian daripada kempen #HiburanMenyatukanKita, iQiyi telah memilih sebilangan program-program yang paling digemari oleh penonton Malaysia untuk senarai tontonan istimewa Merdeka. Program-program tersebut telah dipilih berdasarkan data tontonan iQiyi. Ini secara tidak langsung telah menggambarkan bagaimana senarai tontonan premium yang berkualiti tinggi berfungsi sebagai elemen perpaduan bagi rakyat Malaysia yang berbeza umur dan latar belakang, tidak kira dimana jua mereka berada. Pengguna iQiyi Malaysia menikmati hiburan dari pelbagai bahasa, dengan jumlah penonton yang setanding bagi senarai tontonan bahasa Cina, Melayu, Korea dan Jepun. iQiyi juga merupakan platform pilihan untuk mengisi masa lapang yang digemari rakyat Malaysia, di mana para penonton tempatan meluangkan hampir 1.5 jam sehari di platform tersebut.

Dengan susunan program yang dirancang khas sempena Hari Kemerdekaan, iQiyi berhasrat untuk membawakan program kegemaran ramai kepada para pengguna Malaysia yang berbilang bangsa, sama ada drama cinta seperti Love Is Sweet dan 7 Hari Mencintaiku, siri drama Korea popular seperti My Roommate Is A Gumiho, atau siri anime klasik seperti Naruto. Susunan program ini turut menampilkan Siri Original Asia Tenggara iQiyi yang pertama The Ferryman: Legends of Nanyang, yang menampilkan pelakon kelahiran Malaysia Lawrence Wong bersama barisan pelakon dari Singapura dan Malaysia seperti Qi Yuwu, Jeanette Aw, Tay Ping Hui, Debbie Goh, Jojo Goh dan Koe Yeet.

Kempen #HiburanMenyatukanKita turut mengadakan satu peraduan media sosial yang mengalu-alukan penyertaan rakyat Malaysia untuk menyerlahkan kreativiti mereka dengan menamakan semula 15 tajuk program popular iQiyi dalam slanga tempatan. Selain daripada menerima pelbagai ganjaran eksklusif, para pemenang juga dapat menyaksikan versi tajuk yang “di-Malaysia-kan” oleh mereka dipaparkan di laman utama platform iQiyi, menggantikan tajuk-tajuk program asal.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen Merdeka iQiyi, atau menebus akses VIP percuma satu minggu, sila gunakan aplikasi iQiyi atau layari iQ.com

The Ferryman: Legends of Nanyang 

Ia berkisah tentang Xia Dongqing dan penambang roh, Zhao Li. Mereka membantu roh yang singgah di alam manusia kerana hasratnya belum ditunaikan. Xia Dongqing yang kelihatan seperti orang biasa mempunyai satu rahsia. Dia memiliki sepasang mata yang istimewa yang digelar Mata Ketiga. Dia dapat melihat manusia dari alam lain dan berkomunikasi dengan mereka. Namun, rahsia ini mendatangkan banyak masalah kepada Xia Dongqing.

iQiyi Menawarkan Langganan Percuma untuk Rakyat Malaysia Sempena Kemerdekaan Drama 7 HARI MENCINTAIKU

7 Hari Mencintaiku 2

Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua. Di saat mereka diulit bahagia, Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancanganjuga  sehingga Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya. Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka dan Mak Leha pula berkenan dengan gadis ini.

Sabarlah Duhai Hati

Konflik timbul apabila kematian ibu bapa mereka secara tiba-tiba menyebabkan Fira terpaksa menjaga Danish yang masih kecil. Semasa menanggung derita akibat kehilangan orang tersayang dan berjuang dengan fasa kehidupan barunya, Fira terkejut dengan lamaran Affan, rakannya semasa kecil yang hampir tidak dikenalinya.

Cinta Sekali Lagi

Amanda adalah seorang kakak yang penyayang kepada adiknya Amani. Dia rasa dia tidak akan jatuh cinta tetapi keadaan berubah apabila dia bertemu dengan Fahad dan mereka berkahwin. Amani sebaliknya dalam perkahwinan yang tidak bahagia dan mula berasa cemburu dengan kebahagiaan Amanda dan Fahad lalu dia membuat rancangan untuk menggoda Fahad.

Lafazkan Kalimah Cintamu

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri, kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

The Devil Judge

Mengubah mahkamah menjadi rancangan realiti, ini adalah kisah seorang hakim yang menghukum orang jahat dengan kejam dan juri yang ingin tahu tentang wajah sebenarnya. Mereka mengejar satu sama lain, berusaha untuk saling mendedahkan dan menjatuhkan satu sama lain.

My Roommate is a Gumiho

“My Roommate Is A Gumiho” ialah drama komedi romantik yang menceritakan kisah mendebarkan dan penuh kasih sayang seekor musang berekor sembilan yang ingin menjadi manusia, Shin Woo-yeo. Dalam usaha mendapatkan manik musang yang telah dilindunginya selama 999 tahun, dia terpaksa hidup bersama seorang pelajar perempuan yang menelannya manik tersebut secara tidak sengaja.”

So I Married An Anti-Fan

Bintang K-pop Hoo-joon dan wartawan majalah, Lee Geun-young, mula hidup bersama secara kebetulan dan mengungkap kisah cinta romantik yang mendebarkan, walaupun mereka bermusuhan.

Crush 

Sang Wu Yan, lepasan universiti yang bercita-cita untuk menjadi penyampai radio, bekerja sebagai pembantu peribadi di stesen radio dan mempunyai pseudonim kegemaran penulis lagu “Yijin”. Sang Wu Yan jatuh cinta pandang pertama dengan Su Nian Qin yang cacat penglihatan. Kemudiannya, Sang Wu Yan mengetahui bahawa Yi Jin dan Su Nian Qin adalah orang sama dan perasaannya semakin mendalam. Malangnya disebabkan Sang Wu Yan terlepas berjumpa dengan ayahnya buat kali yang terakhir, mereka berpisah. Tiga tahun kemudian, Sang Wu Yan berjaya mencapai cita-citanya sebagai penyampai radio manakala Su Nian Qin berjaya menyembuhkan matanya dan telah mengambil alih bisnes keluarganya. Mereka kemudian bertemu lagi dan akhirnya berkahwin.

Love is Sweet 

Jiang Jun dan Yuan Shuai erat sejak kecil, tapi Jiang Jun telah jatuh cinta pada orang lain. Setelah bertahun-tahun berpisah, mereka bertemu semula dalam bidang perniagaan. Yuan Shuai ialah seorang elit dalam perbankan pelaburan, manakala Jiang Jun ialah orang baru dalam bidang kerjaya. Jiang Jun tak sangka teman main yang melindunginya sejak kecil itu akan berubah menjadi pihak atasannya yang tak munasabah. Kisah cinta macam mana yang akan dihasilkan daripada benih cinta yang terpendam dalam hati mereka?

Unforgettable Love

Drama ini mengisahkan cinta antara seorang ayah tunggal yang kaya, He Qiaoyan (Miles Wei) dan seorang doktor pakar psikologi kanak-kanak, Qin Yiyue (Hu Yixuan). CEO yang egoistik berkenalan dan bercinta dengan doktor jelita hasil bantuan dari anaknya Xiao Bao (Sun Sicheng) yang comel.

One Piece

Raja Lanun Gol D. Roger yang memiliki banyak harta karun dedahkan dia sembunyikan harta karunnya di suatu tempat di lautan sebelum dijatuhkan hukuman. Harta karun tersebut dikenali sebagai One Piece. Ramai menjadi lanun untuk dapatkan harta karun tersebut, maka bermulalah era lanun. Untuk merealisasikan janjinya, Monkey D. Luffy mulakan pengembaraan dan bertemu ramai rakan sehaluan dalam perjalanan berlayar merentas Grand Line. Matlamat mereka, mencari One Piece dan menjadi Raja Lanun.

Attack On Titan

Attack On Titan ialah sebuah siri manga Jepun yang ditulis dan dilukis oleh Hajime Isayama. Ia adalah kisah dunia di mana sisa-sisa daripada penduduk manusia hidup di dalam bandar-bandar yang dikelilingi oleh dinding yang sangat besar untuk mengelak kemunculan Titan, makhluk humanoid gergasi yang memakan manusia. Cerita ini berkisarkan kehidupan Eren Jaeger dan Mikasa Ackerman, dimana hidup mereka yang akan berubah selama-lamanya selepas kemunculan Titan amat besar yang membawa kemusnahan rumah mereka dan kematian ibunya.

Jujutsu Kaisen

Yuji Itadori ialah seorang pelajar sekolah menengah tinggi yang berbakat dalam bidang sukan. Pada suatu hari, dia menelan jari yang diberi nama “Jari Ryōmen Sukuna” untuk menyelamatkan senior daripada “kutukan”. Maka, dia telah menyatukan dirinya dengan Sumpahan Sukuna itu. Kemudian, dia memasuki sekolah khas untuk tukang sihir. Untuk merealisasikan wasiat datuknya untuk “menolong orang lain”, Itadori akan terus melawan “kutukan”.

Naruto / Boruto Series 

Dengan keamanan dan pemodenan, penduduk di kampung ninja, Konoha semakin meningkat dan gaya hidup ninja terus berubah. Boruto, anak Naruto Uzumaki, ketua kampung ketujuh belajar di Akademi Ninja di mana dia bertemu rakan sepasukan barunya. Bagaimana mereka akan melawan kejadian misteri di kampung mereka?

Girls Planet 999

Untuk merealisasikan impian mereka untuk menjadi idola antarabangsa, gadis-gadis dari China, Korea Selatan dan Jepun bertemu di [Girl’s Planet]. Satu dunia maya di mana mereka bersatu tanpa mengira latar belakang. Peminat di seluruh dunia bakal menyaksikan kelahiran generasi baru kumpulan wanita antarabangsa. Siapakah yang akan berjaya ke debut global?

The Detectives’ Adventures

Ini program realiti detektif berdasarkan IP yang pertama. Setiap episod adalah berdasarkan IP popular dan latar belakang cerita yang sama akan dikembalikan semula. Babak terkenal akan dilakonkan semula secara lucu. “Pasukan detektif comel” yang terdiri daripada tujuh orang artis jemputan, akan mendapatkan petunjuk melalui permainan dan mencari kebenaran!

Mr Housework 3

“Mr. Housework” memfokuskan topik dan dilema yang sering dialami dalam hubungan suami isteri, ibu dan anak, dan rakan sebilik, iaitu masalah kerja rumah. Dengan menggunakan cara pemerhatian, rancangan ini menampilkan kebijaksanaan, kejanggalan, serta detik-detik lucu seorang lelaki menguruskan kerja rumah. Rancangan ini bertujuan untuk menyampaikan pandangan positif tentang keluarga dan kehidupan selain menggalakkan keharmonian dan toleransi dalam keluarga.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hot FM Roda & Ringgit, Usahawan Buletin FM & Program Amal COVAiD #BaikSemula

OBTV Program Hiburan Socialtainment, Tumpu Kisah-kisah Viral Yang Menarik