in , ,

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Obesiti & Pembedahan Bariatric

MASALAH obesiti dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin meruncing kerana tabiat pemakanan dan gaya hidup yang tidak sempurna. Berdasarkan laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, kira-kira 5.6 juta penduduk berusia 18 tahun ke atas di negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan. Selain bersenam, ada cara lain untuk mengatasi masalah kegemukan.

OBESITI (Obesity) adalah satu masalah kesihatan yang semakin berleluasa bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi di seluruh dunia. Pada masa ini hampir 44.3 % penduduk Malaysia adalah obese dan 1/3 penduduk dunia termasuk dalam kategori yang sama. Malah Malaysia mempunyai kadar obesiti yang paling tinggi di Asia Tenggara dan dikatakan sebanyak 73 peratus kematian di hospital kerajaan disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD) terutama membabitkan masalah obesiti.

OBESITI ADALAH PENYAKIT!

Seseorang individu akan dianggap obese apabila indeks jisim badannya (BMI) mencecah 30 dan ke atas. Pelbagai faktor menyumbang kepada masalah obesiti. Antaranya adalah pengambilan makanan secara keterlaluan, kurangnya aktiviti fizikal seperti bersenam, ketidakseimbangan hormon dan pelbagai lagi.

Kebanyakan penghidap obesiti tidak menyedari bahawa amalan gaya hidup tidak sihat yang menjadi amalan mereka sejak dari awal lagi boleh mengundang impak negatif bukan sahaja terhadap penampilan diri mereka malah lebih lagi apabila obesiti meningkatkan risiko penyakit-penyakit berbahaya yang lain seperti diabetes, hipertensi, gangguan tidur dikenali sebagai obstructive sleep apnea (OSA), strok dan penyakit jantung.

Anak Nora Ariffin Selepas Kesan Selepas Pembedahan Bariatric

Tanpa kita sedari, obesiti sebenarnya adalah satu penyakit yang perlu diberi perhatian serius!

Meskipun terdapat kesedaran, keazaman atau semangat untuk menurunkan berat badan agar ia kembali normal, penghidap obesiti mungkin memerlukan lebih bantuan, bukan sekadar hanya diet sihat, senaman atau sebagainya.

Antara kaedah penurunan berat badan yang selamat dan semakin menjadi pilihan ramai adalah pembedahan bariatric, iaitu sejenis pembedahan sistem pencernaan dalaman bagi membantu mereka yang menghidap berat badan yang melampau (obesiti) mencapai berat badan ideal.

Terdapat beberapa jenis pembedahan bariatric yang secara asasnya akan mengurangkan saiz perut pesakit obesiti dimana selepas menjalani pembedahan, penyerapan dan pencernaan makanan dapat dihadkan ekoran dari pengambilan makanan dalam kuantiti terhad dan pada akhirnya si penghidap obesiti akan mendapat berat badan yang ideal.

Walaubagaimanapun, beberapa kriteria perlu diambil kira bagi melayakkan seorang pesakit obesiti menjalani pembedahan bariatric.

Pesakit obesiti perlu mendapatkan khidmat rundingan (consultancy) dari pakar bariatric yang bertauliah terlebih dahulu sebelum operasi ini dapat dijalankan.

Obesiti

Bertempat di Hadramawt Kitchen Restaurant, Wangsa Maju baru-baru ini, pihak medi-excell Sdn. Bhd. telah menganjurkan Ceramah Kesihatan bertajuk OBESITY IS A DISEASE. FIND A SOLUTION. bersama blogger bagi meningkatkan kesedaran tentang bahayanya obesiti dan bagaimana ia boleh menjejaskan kehidupan penghidapnya.

Dr. Mustafa Mohammed Tahir, Pakar Bedah Bariatric di I Heal Medical Centre dan KPJ Ampang Puteri merupakan seorang pakar bariatric yang telah berjaya mentransformasi atau memberi nafas baru kepada pesakit obesiti.

Menurut Dr. Mustafa, melalui pembedahan bariatric atau juga dikenali sebagai pembedahan pintasan gastrik, pesakit akan berupaya untuk mengawal selera makan kerana pengambilan kuantiti makanan dan jumlah nutrisi yang berjaya diserap oleh tubuh badan pesakit dapat dikawal secara semulajadi dan ini seterusnya akan membuatkan pesakit mendapat berat badan ideal.

Walaupun begitu, pembedahan bariatric bukan untuk semua orang kerana pesakit obesiti perlu menjalani ujian saringan dibawah kawalan dan seliaan pakar bedahbatriatric terlebih dahulu untuk memastikan samada pesakit tersebut benar-benar layak menjalani pembedahan bariatric atau sebaliknya.

Antara syarat-syarat asas yang perlu ada pada seseorang ingin menjalani pembedahan bariatric adalah pesakit perlu memiliki bacaan BMI badan melebihi 30, pesakit obesiti yang juga mempunyai penyakit-penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis, kesukaran untuk tidur malam dan sebagainya, pesakit obesiti yang gagal menurunkan berat badan melalui diet serta senaman. Pesakit obesiti juga perlu berumur 18 tahun bagi membolehkan beliau menjalani pembedahan bariatric ini.

Pembedahan bariatric adalah kaedah penurunan berat badan yang selamat dan berisiko rendah. Selepas menjalani pembedahan bariatric, pesakit bukan sahaja akanmendapat berat badan ideal malah ibarat mendapat ‘hidup baru’ apabila tahap kesihatan dan kecergasan mereka juga berjaya ditingkatkan.

Berat badan ideal pesakit juga adalah bersifat kekal dan pesakit tidak akan berhadapan dengan masalah ‘kembali ke zaman obesiti sekali lagi’.

Di antara pesakit obesiti yang telah menjalani pembedahan bariatric bersama Dr. Mustafa adalah Rahim Sepahtu, penyanyi Aishah dan Alif Johan (anak kepada penyanyi Nora).

Pada majlis tersebut, Rahim Sepahtu dan Alif Johan telah berkongsi keadaan fizikal serta kesihatan mereka sebelum dan selepas menjalani pembedahan bariatric. Kedua-dua mereka telah berjaya merubah penampilan mereka di mana telah mendapat berat badan ideal malah kini memiliki tahap kesihatan yang lebih baik.

Terima Kasih diucapkan kepada medi-excell Sdn Bhd dan Dr. Mustafa di atas majlis perkongsian berilmiah yang sangat bermakna ini. Buat mereka yang menghidap obesiti dan memerlukan khidmat rundingan serta bantuan, sila hubungi Puan Rafeah di talian 016-2330678.

Jangan lupa untuk Follow Instagram Dr. Mustafa Mohammed di instagram.com/dr.mustafamt untuk maklumat terkini tentang obesiti dan pembedahan bariatric.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Filem 47 METERS DOWN UNCAGED

Empat Peserta Mara ke Konsert Finale CERIA MEGASTAR MINISTAR