in ,

Empat Peserta Mara ke Konsert Finale CERIA MEGASTAR MINISTAR

Aliff, Cici, Eiffel, atau Putri – siapakah yang akan bergelar juara musim pertama program realiti nyanyian ini!

Empat suara, satu juara! Empat ‘Ministar’iaitu Aliff, Cici, Eiffel danPutriberjaya melayakkan diri ke peringkat akhir konsert ‘Ceria Megastar Ministar 2019’. Pengumuman itu dibuat oleh pengacaranya, Nabil Ahmad, pada konsert separuh akhir yang disiarkan pada Jumaat, 9 Ogos lalu.

Empat Peserta Mara ke Konsert Finale Ceria Megastar Ministar

Pada malam konsert tersebut yang bertemakan ‘We Can Duet’, para Ministar ditugaskan untuk membuat persembahan secara duet bersama artis undangan. Ministar Aliff berduet dengan penyanyi dan penyampai radio, Mawi, dengan lagu ‘Terharu’, nyanyian asal Mawi danDato Jamal Abdillah.

Ternyata wujud ‘chemistry’ yang luar biasa di antara keduanya, sehingga persembahan mereka dianugerahkan tiga ‘Wow!’ oleh Juri Tetap; Datuk Haji Aznil Nawawi dan Zizan Razak, serta Juri Jemputan, Faizal Tahir!

Ministar Putri pula naik ke pentas bersama penyanyi, Akim Ahmad,untuk mendendangkan lagu ‘Warkah Untukku’ oleh Ara Johari. Berjaya mencetuskan persembahan yang cukup memukau, Putri juga diberikan tiga ‘Wow!’. Manakala Ministar Cici dan artis undangannya, Syamel, mempersembahkan lagu ‘Aku Cinta’, nyanyian asal Ernie Zakri danSyamel, yang mana melayakkan beliau menerima ‘standing ovation’dari Pak Nil!

Empat Peserta Mara ke Konsert Finale Ceria Megastar Ministar
Peserta yang berjaya ke Konsert Finale ‘Ceria Megastar Ministar’ yang bakal berlangsung 16 Ogos 2019 ini 

Dalam pada itu,Ministar Eiffel, pemegang ‘Mikrofon Wow!’ pula menyampaikan lagu ‘Cinta Luar Biasa’ oleh Andmesh bersama pasangan duetnya, Azmi Saat dari kumpulan Caliph Buskers yang membuat audiens tersenyum dan sebak pada masa yang sama. Kemudian, Ministar Timah dan Shila Amzah berduet dengan lagu ‘Shallow’, nyanyian asal Lady Gaga dan Bradley Cooper yang dikatakan “persembahan terbaik dari Timah”oleh warganet.

Walaupun menyampaikan persembahan yang dikatakan cemerlang, Ministar Timah gagal untuk mara ke konsert finale ‘Ceria Megastar Ministar’ apabila diumumkan tersingkir pada akhir siaran itu. Ketika pengumuman dibuat, Pak Nil menangis seolah-olah tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Namun begitu, perjalanan ke pentas akhir masih perlu diteruskan dan impian keempat-empat finalis, Aliff, Cici, Eiffel dan Putri, untuk dinobatkan sebagai juara musim pertama seterusnya membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM 20,000 dan sebuah trofi masih lagi terbuka luas! Untuk konsert finale ini, finalis akan membuat persembahan bersama artis-artis popular tanah air seperti Hael Husaini, Haqiem Rusli danAndi Bernadee.

Justeru, saksikan gelagat kanak-kanak yang berbakat besar ini buat kali terakhir di ‘Siaran Langsung Konsert Finale Ceria Megastar Ministar’, Jumaat, 16 Ogos 2019, jam 9.00 malam hanya di saluran Astro Ceria (CH611), Astro Prima (CH105) danAstro Prima HD (CH121). Ceria Megastar Ministar juga boleh diakses melalui aplikasi Astro GO yang mempunyai versi ‘extended cut’serta di platform digital,On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Mengenai Program ‘Ceria Megastar Ministar’

‘Ceria Megastar Ministar’ adalah rancangan realiti nyanyian kanak-kanak dari Astro Ceria. Dihoskan oleh pengacara popular Nabil Ahmad, ‘Ceria Megastar Ministar’ adalah idea yang terhasil daripada program ‘signature’Astro Ceria iaitu Ceria Megastar. Alumni ‘Megastar’ Wafiy Aan, Chubb-E dan Vanessa Reynauld bersama dengan Guru Vokal, Mark Adam, dan Guru Persembahan, Alam Wakaka, melatih para ‘Ministar’ (peserta) dalam pencarian bakat nyanyian kanak-kanak terhebat generasi masa kini. Pak Nil dan Zizan Razak juga tampil sebagai Juri Tetap untuk memberikan kata-kata semangat bagi meralisasikan impian kanak- kanak ini untuk menjadi seorang ‘Megastar’.

Hadiah Kemenangan

•Juara: RM25,000.00 dan sebuah trofi

•Naib Juara & Tempat Ke-3: RM10,000.00 dan sebuah trofi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Obesiti & Pembedahan Bariatric

Peraduan Menangi HP Spectre Folio di KLFW 2019 Bernilai RM9,999