in ,

Nurul Wahab Janji Kongsi Gambar Bayi Lelaki

Tahniah Budiey ucapkan buat penyanyi Nurul Wahab yang telah selamat melahirkan bayi lelaki pertama menerusi perkahwinannya dengan lelaki Perancis, Eric Daniel Depp, jam 10.28 pagi, 3 Oktober 2013. Budiey sebenarnya tak sabar nak tengok gambar baby lelaki Nurul Wahab ni. Mesti comel kan?

Bayi lelaki seberat 3.02 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah hospital swasta di ibu negara. Memperkenalkan bayinya sebagai ‘Z’, berita gembira itu diumumkan sendiri Nurul menerusi laman blog peribadinya kira-kira dua jam selepas selamat melahirkan.

Semalam juga, Nurul Wahab telah berkongsi gambar untuk peminatnya. Tapi bukanlah gambar baby lelakinya yang penuh tapi sekadar menunjukkan jemari gebu comel babynya yang masih belum bernama itu.

Sementara itu, Nurul masih belum bersedia untuk berkongsi wajah comel anak lelakinya di media sosial. Namun begitu, beliau berjanji akan berkongsi wajah dan nama sebenar bayi itu dalam masa terdekat ini.

Agak-agak apa nama bayi lelaki yang elok dan unik untuk zaman ini ya? Korang boleh cadangkan di ruangan komen ya.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. setiap insan yang melalui liku2 hidup dengan penuh sabar akan di balas dengan perasaan gembira dan penuh kesyukuran selepas ujian tu. Tahniah nurul, semoga hidup lebih sempurna selepas ini.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Bukti Mr Bean Belum Peluk Agama Islam

Joe Flizzow Lancar Album Havoc November Ini