in ,

Bukti Mr Bean Belum Peluk Agama Islam

Ternyata, Budiey tertipu dengan berita yang mengatakan Mr Bean atau nama sebenarnya, Rowan Atkinson telah masuk islam. Ya, berita itu hanya khabar angin semata-mata. Wakil Mr Bean menegaskan majikannya belum memeluk Islam, selepas dua hari berita itu disebarkan di internet. Ejen yang dikenali sebagai Lucy itu telah mengirimkan e-mel sebagai bukti ia kenyataan sah daripada pihak pelakon terbabit.

Lucy tidak menyatakan samada pelakon yang berusia 58 tahun itu akan tampil menjelaskan keadaan sebenar hingga laman sadabladi.com dan media Israel, israellycool.com mengeluarkan kenyataan yang sama pada 1 Oktober lalu.

Namun, sebelum ini, ada beberapa sumber memaklumkan, pemimpin parti An Nahdah dari Tunisia, Sheikh Rashid Ghannousyi ialah individu yang mengajar serta membimbingnya mengenai Islam.

Pada mulanya khabar Rowan Atkinson masuk muslim disebarkan oleh laman portal www.israellycool.com tanpa bukti yang kukuh. Berita ini tersebar dengan meluas hingga mendapat perhatian dunia islam. Untuk membetulkan keadaan, portal israellycool telah menghubungi ejen terdekat Rowan Atkinson bernama Lucy dan ternyata beliau masih belum memeluk islam. Pada masa yang sama, tiada berita sahih daripada portal rasmi media barat. Untuk info, Mr Bean juga pernah dikhabarkan meninggal dunia sebelum ini dan ianya juga adalah khabar angin.

Bukti Mr Bean/ Rowan Atkinson Masuk Islam Berita Palsu

[dropcap]P[/dropcap]ortal israellycool.com adalah antara portal terawal yang menyiarkan berita Mr Bean masuk islam dalam bahasa inggeris yang diterjemahkan dari laman web anti-israel. Pada masa yang sama, Mr Bean sendiri masih belum mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah masuk islam. Untuk menamatkan spekulasi mengenai isu tersebut, portal israelly.com telah menghubungi kenalan atau ejen terdekat Mr Bean untuk mengesahkan perkara tersebut. Namun, pada ketika ini Lucy selaku ejen terdekat Mr Bean mendakwa setakat ini Mr Bean masih belum memeluk agama islam.

mr-bean-masuk-islam-2

Portal tersebut juga ada mengirim emel kepada Lucy dan ternyata Mr Bean masih belum tukar agama kepada islam.

mr-bean-masuk-islam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Westgate Hotel Taipei

Nurul Wahab Janji Kongsi Gambar Bayi Lelaki