in , ,

Nur Sajat Terima Waran Tangkap Pada Tarikh Yang Istimewa Buat Dirinya

Semalam sepatutnya merupakan hari yang cukup bermakna buat usahawan sensasi, Nur Sajat yang menyambut ulangtahun kelahirannya yang 36.

Bagaimanapun, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menerima perkhabaran sebaliknya apabila media melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya. Ini berikutan Sajat dikatakan gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Difahamkan, waran tangkap tersebut telah dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii selepas usahawan itu tidak kelihatan sehingga tamat prosiding yang dijadualkan pada jam 9 pagi semalam untuk sebutan semula kes.

Menurut sumber, peguam, Zuri Zabuddin Budiman berkata, Nur Sajat tidak hadir di mahkamah pada Selasa, namun pelantun Makhluk Penggoda itu diwajibkan untuk menghadiri prosiding pada tarikh baharu itu kelak. Disebabkan itu, prosiding kes ditangguh ke 1 Jun depan untuk sebutan semula kes.

“Saya Tunggu Juga Nur Sajat, Tetapi Dia Tak Datang. Pihak Kami Mungkin Akan Hantar Mitigasi, Tetapi Belum Dibincangkan Lagi,” Katanya Seperti Dipetik Sumber

Selain Zuri Zabuddin, Nur Sajat turut diwakili peguam syarie, Ahmad Nazib, Azlina Che Hasan dan Amirah Zainal. Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie, Atras Mohd Zain.

Sebagai info, pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita sekitar 2018.

Malah, sebelum itu tular apabila Sajat mendakwa dirinya telah dikasari serta dilayan buruk oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika tampil membantu proses siasatan di Ibu Pejabat JAIS.

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Video Unboxing Box Set Eksklusif Album Dayang Nurfaizah Berjudul BELAGU

Spotify Umum Bakal Hadir Dengan Penawaran Penstriman Berkualiti Tinggi Spotify HiFi